Wednesday, July 29, 2009

KEMPEN KEBERSIHAN HAPUSKAN AEDES

Pihak JKKKP & JKKKN Tanah Liat/ Simpang Tiga Berapit akan bekerjasama untuk menganjurkan aktiviti gotong royong pada masa dan tarikh seperti berikut;

Tarikh : 2hb Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 8.30pagi -12.00 tengahari
Tempat berkumpul: Gelanggang Sepak Takraw Tanah Liat Mk 9

Pada hari tersebut juga, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Tengah akan mengadakan tayangan video mengenai penyalahgunaan dadah dan kuiz untuk penduduk setempat. Pihak penganjur telah menjemput Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat untuk sama-sama terlibat di dalam program tersebut di samping membantu.

Oleh yang demikian, semua ahli Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat diminta hadir dan diharap dapat memberikan komitmen yang padu pada hari tersebut.

Wednesday, July 8, 2009

PERTANDINGAN SUKAN KOMUNITI DUN PENANTI/PMTG PASIR

Pertandingan sukan komuniti anjuran KSK DUN Penanti/Pmtg Pasir akan diadakan pada 19 Julai 2009 bagi peringkat liga dan pusingan akhir pada 26 Julai 2009. Sebanyak 3 acara dipertandingkan iaitu :

1) Bola Sepak- Padang Mengkuang Titi
2) Bola Jaring- Sek Keb Bkt Indera Muda
3) Sepak Takraw- Gelanggang Bt 10 & Sg Semambu

Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM10 bagi setiap satu pasukan dan syarat penyertaan terbuka kepada yang berumur 15 tahun ke atas dan setiap pemain mesti menetap/bekerja di DUN Penanti/Pmtg Pasir. Jika berminat sila hubungi Cik Liana Baharudin di talian 019-4235251.

Tuesday, July 7, 2009

MESYUARAT AGUNG GB4B CAWANGAN TANAH LIAT TAHUN 2009

Dimaklumkan bahawa mesyuarat agung Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Tanah Liat akan diadakan pada:

Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Kampung Tanah Liat.

Justeru itu, semua ahli yang telah berdaftar, dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Dimaklumkan juga bahawa mesyuarat pada kali ini akan diadakan pemilihan ahli jawatankuasa untuk penggal 2009-2012. Sekian terima kasih.

Monday, July 6, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN SEKTOR KOMUNITI BELIA REMAJA (Y2Y)

Satu program kepimpinan sektor komuniti belia remaja (Y2Y) peringkat parlimen Pmtg Pauh bagi Fasa ke 2 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10-12 Julai 2009
Tempat; Pusat Rekreasi Nur Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan
Masa Berkumpul: 9.00 pagi (10 Julai 2009)

Program ini adalah anjuran Pejabat Belia & Sukan daerah Seb.Perai Tengah dan penyertaan terbuka kepada belia yang berusia dari 18-40 tahun. Penyertaan adalah PERCUMA. Terhad kepada 80 orang sahaja!