Saturday, October 31, 2009

KEM REMAJA IDEAL

KEMAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama GB4B Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan satu program 'KEM REMAJA IDEAL' seperti berikut:

Tarikh : 13hb-15hb November 2009
Tempat : Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman.
Yuran : Percuma

Kepada semua belia yang berminat, bolehlah menghubungi Setiausaha GB4B Kawasan Pmtg Pauh, saudara Mohd Hilmi di talian 012-4419941 untuk mendapatkan borang serta maklumat lebih lanjut. Tarikh tutup penyertaan pada 8 November 2009.

MESYUARAT JAWATANKUASA GB4B TANAH LIAT

Satu mesyuarat jawatankuasa GB4B Tanah Liat akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Kmpg Tanah Liat Mk 9

Semua ahli jawatankuasa diminta hadir untuk membincangkan semua masalah berbangkit serta perancangan program akan datang.

Friday, October 16, 2009

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama KEMAS Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan kursus asas penyembelihan seperti berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang
Tempat : Pusat Aktiviti Belia 4B Permatang Pauh (Dewan Kg Pertama)

Kursus ini adalah percuma dan hanya terhad kepada 60 orang yang terawal sahaja. Sijil kursus akan diberikan kepada setiap peserta. Maklumat lanjut hubungi Setiausaha Belia 4B kawasan Permatang Pauh, Saudara Mohd Hilmi di talian 012-4419941.

Friday, October 9, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA BELIA PERMATANG PAUH

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Permatang Pauh akan menganjurkan program PERKHEMAHAN PERDANA BELIA PERMATANG PAUH seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16hb-18hb Oktober 2009
Tempat : Pantai Keranchut, Teluk Bahang, P.Pinang.
Bayaran: RM 10.00

Kepada belia-belia di kawasan Pmtg Pauh yang berminat untuk mengikuti program ini, bolehlah mendapatkan borang daripada Saudara Amirruddin 016-4541902 atau Saudara Anuar Zamani 017-4169708.

JAMUAN AIDLFITRI 4B KAWASAN PERMATANG PAUH

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh menjemput orang ramai ke majlis JAMUAN AIDLFITRI pada :

Tarikh : 11 Oktober 2009 (AHAD)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Belia 4B Kompleks D Seberang Jaya

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.