Thursday, August 19, 2010

Thursday, August 12, 2010

Sekitar Kejohanan Bowling Tertutup 4B Tanah Liat Bersama Pemuda UMNO Kg Uma.















Pada 5hb Ogos 20101, Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Tanah Liat bersama dengan Pemuda UMNO Cawangan Kg Uma telah menganjurkan kejohanan bowling tertutup peringkat kampung Tanah Liat di Ampang Superbowl, The Summit Bkt Mertajam. Kesemua lanes habis ditempah oleh pihak penganjur dengan jumlah penyertaan yang menggalakkan sehingga ada penyertaan yang terpaksa ditolak akibat lanes yang telah penuh. Kejohanan yang berlangsung selama sehari ini telah berjaya menarik hampir 100 orang kedatangan warga penduduk Tanah Liat.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh merangkap Exco Gerakan Belia 4B Negeri P.Pinang, Saudara Mohd Hilmi Elias yang juga merupakan anak jati kampung Tanah Liat. Program ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran orang-orang penting Tanah Liat. Antara yang hadir ialah Pengerusi JKKKP Tanah Liat MK 9, Cikgu Marzuki Elias, Ketua UMNO cawangan Kg Uma, Cikgu Zaki, Ketua Pemuda UMNO Kg Uma, Cikgu Sukri, Ketua Belia 4B Tanah Liat, Saudara Zaini.

Keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai matlamat iaitu untuk menyatupadukan warga penduduk Tanah Liat dengan aktiviti riadah. Tahniah kepada jawatankuasa program tersebut. BERGERAK!

Tempat Pertama: Pasukan Mukim 8
Tempat kedua : Pasukan Budak Tanah Liat
Tempat Ketiga: Pasukan Hustler
Tempat Keempat:Pasukan Jerot
Tempat Kelima: Pasukan Kg Paya

Wednesday, August 4, 2010

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP



Kejohanan Bowling Tertutup Gerakan Belia 4B Tanah Liat bersama Pemuda UMNO Cawangan Kg Uma akan diadakan pada:

Tarikh: 5hb Ogos 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Ampang Superbowl, The Summit, Bukit Mertajam.
Perasmian Oleh: Sdr Mohd Hilmi Bin Elias
(Setiausaha 4B Kawasan Pmtg Pauh merangkap Exco 4B Negeri P.Pinang)

Untuk sebarang pertanyaan hubungi saudara faizul 017-4011516 atau saudara Baser 017-5162913.