Wednesday, September 12, 2012

Majlis Makan Malam Mesra Kampung Tanah Liat

Semua penggerak Kampung Tanah Liat yang sentiasa membantu memajukan kampung diraikan dalam majlis ini

Tua & muda muafakat bersama demi kemajuan kampung

Pengerusi JKKKP Tanah Liat, Cikgu Marzuki menyampaikan ucapan

Hampir 60-70 orang hadir ke majlis ini dalam suasana harmoni dan santai

Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad turut hadir dan menyampaikan ucapan



9hb September 2012- Satu majlis makan malam bagi meraikan tenaga-tenaga penggerak Kampung Tanah Liat telah diadakan dengan jayanya di Restoran Mee Udang Aur Gading, Sungai Dua. Hampir 70 orang yang dijemput telah hadir ke majlis makan malam ini.

Pengerusi JKKKP Tanah Liat Mukim 9, Cikgu Marzuki Elias merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tenaga penggerak tidak kira usia sama ada golongan veteran, belia atau wanita yang telah memberikan komitmen yang baik di dalam setiap program atau apa jua aktiviti yang diadakan di dalam kampung. Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad turut hadir ke majlis ini dan memuji inisiatif warga Kampung Tanah Liat yang sentiasa berganding bahu demi kemajuan kampung tercinta. Semoga kerjasama dan semangat tolong menolong di antara satu sama lain ini dapat diteruskan lagi malah ditingkatkan lagi demi memastikan ianya terus diwarisi oleh generasi akan datang. BERGERAK!!

Tuesday, September 4, 2012

Jelajah Zakat 2012

Masing-masing berkumpul di rumah Pengerusi JKKKP Mukim 9 Tanah Liat sebelum menjelajah ke seluruh kampung

Sebahagian ahli belia yang terlibat dalam kerja amal ini

Bantuan diberikan kepada yang layak

Tolong menolong amalan mulia

Setiap pelusuk kampung diredahi

Konvoi secara beramai-ramai

Pesakit kronik

Pengerusi JKKKP Mk 9, Cikgu Marzuki menyampaikan bantuan kepada seorang penerima

Bantuan diberi tanpa mengira usia & ideologi politik
Moga dapat meringankan beban setiap penerima dengan bantuan kecil ini


Beras, barangan dapur & duit raya diberi
Anak istimewa ini mahukan duit raya


 
                                                                  Pose santai setelah menerima duit raya ;)


18 Ogos 2012- Sehari sebelum hari raya, GB4B Tanah Liat telah melaksanakan satu program amal iaitu Jelajah Zakat 2012. Program ini merupakan program kali kedua setelah program yang seumpamanya telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun lepas. Untuk tahun 2012 ini, seramai 23 buah rumah telah di lawati dan diberikan bantuan berupa wang ringgit dan barang keperluan dapur.

Segala sumbangan untuk program ini dikutip daripda kalangan ahli-ahli belia sendiri serta beberapa orang penduduk kampung yang prihatin. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak JKKKP Tanah Liat Mk 9/Berapit Road dimana Pengerusi JKKKP serta beberapa orang ahli jawatankuasanya turut sama menyumbang dan terlibat secara langsung di dalam program ini.

Moga program amal seumpama ini dapat diterusakn lagi dari masa ke semasa dan diharap kerja murni ini mampu meringankan sedikit beban para penerima serta dapat mengajar ahli-ahli belia erti sebenar bersyukur atas nikmat yang diberi Allah Swt. BERGERAK!!