Thursday, November 8, 2012

Majlis Kenduri Rakyat & Sembang Santai Belia Aidiladha

Seawal pagi lagi kaum wanita mula membantu memasak
Para urusetia masakan memulakan tugas
Masing-masing membantu memasak

Suasana di awal pagi yang cerah
Nasi yang siap dimasak
Acara sukaneka dimulakan
Orang ramai mula memenuhi tapak program
Pegawai Belia & Sukan Daerah SPT, En Muzakir mencuba permainan dart
Acara isi air dalam botol
Acara untuk kaum ibu, menganyam ketupat

Penolong Pegawai Belia & Sukan Daerah SPT, En Sahaipun menyampaikan hadiah sukaneka

Pengerusi Rukun Tetangga Tanah Liat, Paksu Zaki menyampaikan hadiah
Ketua Pusat Daerah Mengundi Tanah Liat/Berapit Road, Cikgu Zaki  menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Pak Razak
Pengerusi Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh, En Amirruddin(baju kemeja) mencabut nama cabutan bertuah
Antara tenaga penggerak di belakang tabir
Pelbagai ragam
Sempat berehat seketika
Orang ramai mula mengambil makanan yang disediakan
Setiap penjuru tempat program penuh dengan orang ramai

Pengerusi JKKKP Tanah Liat Mk 9, Cikgu Marzuki melakukan cabutan bertuah
Antara yang bertuah
Penolong Pengarah Belia & Sukan Negeri P.Pinang, En Wan Khairul Nazri menyampaikan hadiah kepada yang berjaya
Semua khemah padat dengan orang ramai

Pengarah Belia & Sukan Negeri P.Pinang, Tn Abd Jalil(berkaca mata) berbual bersama Dato Ahmad Saad(baju putih) dan tetamu yang lain
Kehadiran yang diluar jangkaan
Tn Abd Jalil, Pengarah Belia & Sukan Negeri P.Pinang melakukan cabutan bertuah
Pemenang yang bertuah

Menang set dapur
Acara cabutan bertuah yang cukup meriah dan penuh gelak tawa
Penyelaras Dun Penanti, En Ibrahim Ahmad menyampaikan hadiah

Pemenang utama cabutan bertuah, set microwave
Tulang belakang program
yeahhhhh!!!

Oktober- Pada 28hb Oktober yang lalu, hari raya Aidiladha yang ketiga, telah berlangsung serentak kenduri rakyat & sembang santai belia Aidiladha di Kampung Tanah Liat Mukim 9. Program yang julung kali diadakan ini berlangsung dengan penuh meriah bermula sehari awal sebelum program berlangsung lagi dengan sehari sebelumnya telah diadakan majlis korban.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi ini turut diserikan dengan acara sukaneka bagi kategori kanak-kanak,remaja dan dewasa. Selain kenduri rakyat, program turut diserikan dengan acara cabutan bertuah kepada para tetamu yang hadir. Kehadiran hampir 1000 orang pada program ini benar-benar membuatkan suasana pada hari program berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan harmoni.

Masyarakat kampung juga turut memberikan kerjasama yang baik dengan membantu dan bergotong royong semenjak dari awal lagi. Semoga semangat muafakat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program gilang gemilang ini.BERGERAK!!!

Gotong Royong Ibadah Korban

Banner program

9 buah khemah dipasang

Geng-geng belia menarik lembu ke tempat program

Acara menjatuhkan lembu


Paksu Rashid meyembelih lembu yang pertama

Seekor berjaya disembelih


Lembu kedua

Paksu Rashid melaksanakan tugasnya sambil dibantu anak muda yang lain

Acara melapah lembu

Suasana riuh rendah dan meriah

Daging digantung

Semangat gotong royong antara tua dan muda
Acara pada malam program. Masing-masing sibuk

Kaum ibu dan wanita turut sama membantu

Oktober- Pada 27hb Oktober yang lalu, satu majlis ibadah korban telah diadakan secara gotong royong di Kampung Tanah Liat Mk 9. Sebanyak dua ekor lembu telah disembelih pada petang tersebut. Kehadiran orang ramai yang hadir untuk membantu dan menyaksikan acara sembelihan pada petang itu benar-benar telah menggamitkan suasana riuh rendah di tapak acara tersebut berlangsung.

Sembelihan dua ekor lembu ini juga sebagai persediaan untuk majlis Kenduri Rakyat Aidiladha & Sembang Santai Belia yang akan diadakan secara besaran keesokan harinya di tapak yang sama.Gotong royong sembelihan pada petang tersebut disusuli pula dengan gotong royong memasak & melakukan persediaan untuk majlis keesokan harinya. Suasana di tapak program pada malam tersebut juga meriah dengan sedikit jamuan santai dan tembakan bunga api. BERGERAK!!















Sunday, November 4, 2012

Bantuan Wang Ihsan Kepada Mangsa Banjir Di Tanah Liat

Kedatangan mengejut pihak kami kepada para penerima bantuan

Wang ihsan untuk para mangsa banjir

Moga dapat meringankan sedikit beban mereka

Wajah ceria penerima

Setiap rumah mangsa terlibat dikunjungi oleh rombongan kami

Bantuan tanpa mengira tua muda

Kesyukuran kepada Allah SWT  atas rezeki diberikan

Keceriaan kepada para penerima

Pengerusi JKKKP MK 9 Tanah Liat, Cikgu Marzuki(baju merah) dan Penyelaras Dun Penanti, Ibrahim Ahmad menyampaikan bantuan

Sebahagian daripada anak muda yang mengikuti rombongan memberi bantuan kepada masyarakat kampung

Oktober- Berat mata memandang lagi bahu memikul! Itulah yang dapat digambarkan kepada kira-kira 20 buah penghuni rumah di Kampung Tanah Liat yang rumah mereka dinaiki air akibat banjir baru-baru ini. Walaubagaimanapun keperitan mereka ini mendapat perhatian daripada pihak JKKKP Mk 9 Tanah Liat serta pihak Penyelaras Dun Penanti apabila kesemua para mangsa yang layak telah menerima wang ihsan daripada kerajaan persekutuan.

Majlis penyampaian ini dilakukan secara ringkas dan santai. Pihak Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat turut dijemput untuk sama-sama menyertai rombongan dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan ini. Masing-masing para penerima bersyukur serta terkejut dengan kehadiran pihak kami. Moga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mereka. BERGERAK!!