Friday, September 4, 2015

MALAM BELIA BERSELAWAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI KAMPUNG TANAH LIAT!

Sekali lagi Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat diberi peranan dan tanggungjawab yang besar oleh agensi kerajaan persejutuan untuk menganjurkan program di peringkat Negeri Pulau Pinang. Kali ini pihak ICU Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang telah memberi amanah untuk pihak persatuan melaksanakan satu program berbentuk keagamaan iaitu 'Malam Belia Berselawat' bersama kumpulan nasyid UNIC. Alhamdulillah program mendapat sambutan yang menggalakkan dari belia setempat. Program bertambah bermakna dan berseri apabila turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muaamar Ghadafi.