Monday, October 19, 2015

Belia 4B Tanah Liat Kembali Ke Pulau Pangkor!

Memori percutian beramai-ramai ke Pulau Pangkor oleh ahli 4B Tanah Liat pada musim lalu dikembalikan semula apabila pihak persatuan bersetuju menaja ahli-ahli jawatankuasa ke Pulau Pangkor untuk tahun 2015! Percutian 2 hari 1 malam ini ternyata mengeratkan silaturahim sesama ahli dan dapat merancang dan berkongsi idea bagi memantapkan lagi persatuan dan memeriahkan Kampung Tanah Liat dengan pelbagai program bermanfaat!







Berganding Bahu Bergotong Royong Di Sek.Agama Rakyat Masjid Haji Saad.

Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama JKKKP Masjid Tengah & JKKKP Kg Uma/Sg Ara telah berganding bahu melakukan gotong royong di Sek.Agama Rakyat Masjid Hj Saad, Tanah Liat. Alhamdulillah golongan muda masih sedia melakukan kerja kemasyarakatan. Kalau bukan kita siapa lagi!