Monday, October 19, 2015

Belia 4B Tanah Liat Kembali Ke Pulau Pangkor!

Memori percutian beramai-ramai ke Pulau Pangkor oleh ahli 4B Tanah Liat pada musim lalu dikembalikan semula apabila pihak persatuan bersetuju menaja ahli-ahli jawatankuasa ke Pulau Pangkor untuk tahun 2015! Percutian 2 hari 1 malam ini ternyata mengeratkan silaturahim sesama ahli dan dapat merancang dan berkongsi idea bagi memantapkan lagi persatuan dan memeriahkan Kampung Tanah Liat dengan pelbagai program bermanfaat!







Berganding Bahu Bergotong Royong Di Sek.Agama Rakyat Masjid Haji Saad.

Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama JKKKP Masjid Tengah & JKKKP Kg Uma/Sg Ara telah berganding bahu melakukan gotong royong di Sek.Agama Rakyat Masjid Hj Saad, Tanah Liat. Alhamdulillah golongan muda masih sedia melakukan kerja kemasyarakatan. Kalau bukan kita siapa lagi!






Friday, September 4, 2015

MALAM BELIA BERSELAWAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI KAMPUNG TANAH LIAT!

Sekali lagi Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat diberi peranan dan tanggungjawab yang besar oleh agensi kerajaan persejutuan untuk menganjurkan program di peringkat Negeri Pulau Pinang. Kali ini pihak ICU Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang telah memberi amanah untuk pihak persatuan melaksanakan satu program berbentuk keagamaan iaitu 'Malam Belia Berselawat' bersama kumpulan nasyid UNIC. Alhamdulillah program mendapat sambutan yang menggalakkan dari belia setempat. Program bertambah bermakna dan berseri apabila turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muaamar Ghadafi.






Thursday, January 29, 2015

Gotong Royong Membantu Insan Yang Kurang Bernasib Baik













Belia 4B Tanah Liat di Kenduri JOJO


Photobooth yang direka sendiri oleh ahli-ahli belia 4B Tanah Liat
Ahli 4B Tanah Liat bersama pasangan pengantin

Wednesday, November 26, 2014

Anak Tanah Liat No 1 Dalam Pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia(Negeri P.Pinang) !!

Terima kasih kepada semua pengundi bagi pemilihan Parlimen Belia Malaysia Peringkat Negeri P.Pinang kerana memberi kepercayaan kepada anak muda dari Kg Tanah Liat ini untuk memenangi dan menduduki tempat pertama sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia(Negeri P.Pinang). Sebanyak 6 kuota ditawarkan untuk Negeri P.Pinang dan seramai 28 orang calon telah menawarkan diri.