Monday, December 14, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Pmtg Pauh akan menganjurkan satu program ilmiah iaitu program pengurusan jenazah pada:

Tarikh : 3hb Januari 2010
Masa: 8.00 Pagi-2.00 Petang.
Tempat : Masjid Hj Saad, Tanah Liat.

Penyertaan terbuka kepada semua belia (LELAKI) yang tinggal di dalam kawasan Parlimen Pmtg Pauh. Penyertaan adalah percuma dan sijil akan diberikan kepada setiap peserta. Kepada yang berminat, hubungi Sdra Habib 010-5661806 atau Sdra Reza 017-5849734.

KEM PERMATA KASIH


Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (GB4B) Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan KEM PERMATA KASIH seperti berikut:

Tarikh: 25-27hb Disember 2009
Tempat : Damai Park Resort, Merbok, Kedah Daruk Aman.
Peserta : Belia Berusia 16-25 Tahun

Program ini terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Pengerusi GB4B Kawasan Pmtg Pauh Sdra Amiruddin 016-4541902 atau Setiausaha GB4B Kawasan Pmtg Pauh Sdra Hilmi 012-4419941.

Saturday, December 5, 2009

Persidangan Belia Meneroka Masa Depan

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan persidangan seperti berikut pada:

Tarikh : 18-20 Disember 2009
Tempat : Pulau Langkawi.

Setiap cawangan belia di dalam negeri Pulau Pinang diminta dua orang wakil dari peringkat tertinggi pertubuhan masing-masing. Maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak Majlis Belia Negeri.

KURSUS ASAS KOMPUTER & PEMBINAAN LAMAN WEB

GB4B Caw. Tanah Liat dengan kerjasama Global Computer Sevices akan mengadakan kursus asas komputer & pembinaan laman web secara percuma pada masa seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi-5.00 Petang
Tempat : Global Computer Services, Bandar Sunway, Seberang Jaya.

Tempat adalah terhad, bagi sesiapa yang berminat sila daftar segera dengan Pengerusi Biro Gerak Siber 4B Tanah Liat iaitu Saudara Reza di talian 017-5849734.

Thursday, November 19, 2009

PERKHEMAHAN REMAJA RAKAN MUDA

Kelab Rakan Muda Pmtg Pauh akan mengadakan program perkhemahan remaja seperti berikut:

Tarikh: 21hb-23hb November 2009
Tempat:Ulu Lawin, Grik, Perak Darul Ridzuan.

Penyertaan adalah terhad. Masa bertolak adalah pada 21hb (Sabtu) jam 2.00 petang bekumpul di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam. Utuk penyertaan, hubungi Cik Rossaida 012-5960919

Saturday, November 7, 2009

MESYUARAT AGUNG GB4B NEGERI PULAU PINANG

Mesyuarat agung Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:08 November 2009
Masa: 10.00 pagi.
Tempat:Dewan Hj Ahmad Badawi, Bagan.

Mesyuarat ini dijangka akan dirasmikan oleh Tan sri Nor Mohamed Yaacob, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Saturday, October 31, 2009

KEM REMAJA IDEAL

KEMAS Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama GB4B Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan satu program 'KEM REMAJA IDEAL' seperti berikut:

Tarikh : 13hb-15hb November 2009
Tempat : Bendang Man, Sik, Kedah Darul Aman.
Yuran : Percuma

Kepada semua belia yang berminat, bolehlah menghubungi Setiausaha GB4B Kawasan Pmtg Pauh, saudara Mohd Hilmi di talian 012-4419941 untuk mendapatkan borang serta maklumat lebih lanjut. Tarikh tutup penyertaan pada 8 November 2009.

MESYUARAT JAWATANKUASA GB4B TANAH LIAT

Satu mesyuarat jawatankuasa GB4B Tanah Liat akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Kmpg Tanah Liat Mk 9

Semua ahli jawatankuasa diminta hadir untuk membincangkan semua masalah berbangkit serta perancangan program akan datang.

Friday, October 16, 2009

KURSUS ASAS PENYEMBELIHAN

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama KEMAS Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan kursus asas penyembelihan seperti berikut:

Tarikh : 25 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang
Tempat : Pusat Aktiviti Belia 4B Permatang Pauh (Dewan Kg Pertama)

Kursus ini adalah percuma dan hanya terhad kepada 60 orang yang terawal sahaja. Sijil kursus akan diberikan kepada setiap peserta. Maklumat lanjut hubungi Setiausaha Belia 4B kawasan Permatang Pauh, Saudara Mohd Hilmi di talian 012-4419941.

Friday, October 9, 2009

PERKHEMAHAN PERDANA BELIA PERMATANG PAUH

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Permatang Pauh akan menganjurkan program PERKHEMAHAN PERDANA BELIA PERMATANG PAUH seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16hb-18hb Oktober 2009
Tempat : Pantai Keranchut, Teluk Bahang, P.Pinang.
Bayaran: RM 10.00

Kepada belia-belia di kawasan Pmtg Pauh yang berminat untuk mengikuti program ini, bolehlah mendapatkan borang daripada Saudara Amirruddin 016-4541902 atau Saudara Anuar Zamani 017-4169708.

JAMUAN AIDLFITRI 4B KAWASAN PERMATANG PAUH

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh menjemput orang ramai ke majlis JAMUAN AIDLFITRI pada :

Tarikh : 11 Oktober 2009 (AHAD)
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dewan Belia 4B Kompleks D Seberang Jaya

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Wednesday, September 30, 2009

Mesyuarat Jawantkuasa 4B Kawasan Permatang Pauh

Satu mesyuarat jawatankuasa 4B Kawasan Permatang Pauh akan diadakan seperti berikut:

Hari : Ahad (4hb Oktober 2009)
Masa : 9.00 malam.
Tempat : Dewan Guar Perahu

sehubungan dengan itu, semua ahli jawatankuasa yang telah terpilih dan dilantik diminta hadir untuk tujuan merangka perjalanan 4B Kawasan Permatang Pauh.

Sunday, August 23, 2009

MAJLIS TAHLIL & BERBUKA PUASA BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

Kelab Rakan Muda Pmtg Pauh dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Tanah Liat akan menngadakan Majlis Tahlil & Berbuka Puasa bersama YB Dato Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2009 (3 Ramadhan 1430)
Hari : Isnin
Masa : 6.00 petang hingga waktu berbuka puasa
Tempat : Masjid Hj Saad Tanah Liat.

Orang ramai dijemput hadir untuk beramah mesra dengan Menteri Belia dan Sukan di samping menyertai majlis tahlil dan berbuka bersama golongan belia setempat. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

JAMUAN MOREH GB4B TANAH LIAT

Gerakan Belia 4B Tanah Liat akan mengadakan kenduri moreh pada 23hb Ogos 2009 (2 Ramadhan 1430) di masjid Hj Saad Tanah Liat. Harap maklum kepada semua ahli GB4B Tanah Liat dan masyarakat setempat.

Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BELIA PMTG PAUH BERSAMA MENTERI BELIA DAN SUKAN

Satu majlis ramah mesra belia Pmtg Pauh bersama Menteri Belia & Sukan, YB Datuk Shabery Cheek akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Giat Mara Pmtg Pauh

Semua ahli-ahli belia dari kawasan Pmtg Pauh dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Jamuan makan turut disertakan.

Monday, August 17, 2009

PROGRAM RAMAH MESRA GB4B TANAH LIAT BERSAMA TIMBALAN MENTERI BELIA & SUKAN


Gerakan Belia 4B Tanah Liat akan menganjurkan program ramah mesra antara ahli-ahli Gerakan Belia 4B Tanah Liat dan Timbalan Menteri Belia & Sukan pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 18 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Kg Tanah Liat Mk 8

Semua ahli Gerakan Belia 4B Tanah Liat dijemput hadir untuk beramah mesra bersama Datuk Razali Ibrahim.

Friday, August 14, 2009

PROGRAM BELIA BERSAMA MASYARAKAT

Pejabat Belia & Sukan SPT dan Rakan Muda Pmtg Pauh akan menganjurkan satu forum yang dinamakan PROGRAM BELIA BERSAMA MASYARAKAT pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hotel Summit Bukit Mertajam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis tersebut.

Thursday, August 13, 2009

KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA

Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan kejohanan futsal terbuka lelaki 1 BELIA 1 MALAYSIA pada tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Safira Sport Planet, Sbrg Jaya

Johan : RM 800.00 + Hadiah iringan & Piala
Naib Johan : RM 600.00 + Hadiah Iringan
Ketiga : RM 400.00 + Hadiah Iringan
Keempat : RM 200.00 + Hadiah Iringan

Penyertaan hanya terhad kepada 32 pasukan sahaja dan setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pmtg Pauh, Sdr Amir di talian 016-4541902.

Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT AGUNG GB4B KAWASAN PMTG PAUH

Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh akan mengadakan mesyuarat agungnya pada:
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan 4B Kg Pertama

Sehubungan dengan itu, semua perwakilan bagi cawangan-cawangan GB4B dalam kawasan Pmtg Pauh yang telah selesai mengadakan mesyuarat dan terpilih ke Mesyuarat kawasan diminta hadir.

Wednesday, July 29, 2009

KEMPEN KEBERSIHAN HAPUSKAN AEDES

Pihak JKKKP & JKKKN Tanah Liat/ Simpang Tiga Berapit akan bekerjasama untuk menganjurkan aktiviti gotong royong pada masa dan tarikh seperti berikut;

Tarikh : 2hb Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 8.30pagi -12.00 tengahari
Tempat berkumpul: Gelanggang Sepak Takraw Tanah Liat Mk 9

Pada hari tersebut juga, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Seberang Perai Tengah akan mengadakan tayangan video mengenai penyalahgunaan dadah dan kuiz untuk penduduk setempat. Pihak penganjur telah menjemput Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat untuk sama-sama terlibat di dalam program tersebut di samping membantu.

Oleh yang demikian, semua ahli Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat diminta hadir dan diharap dapat memberikan komitmen yang padu pada hari tersebut.

Wednesday, July 8, 2009

PERTANDINGAN SUKAN KOMUNITI DUN PENANTI/PMTG PASIR

Pertandingan sukan komuniti anjuran KSK DUN Penanti/Pmtg Pasir akan diadakan pada 19 Julai 2009 bagi peringkat liga dan pusingan akhir pada 26 Julai 2009. Sebanyak 3 acara dipertandingkan iaitu :

1) Bola Sepak- Padang Mengkuang Titi
2) Bola Jaring- Sek Keb Bkt Indera Muda
3) Sepak Takraw- Gelanggang Bt 10 & Sg Semambu

Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM10 bagi setiap satu pasukan dan syarat penyertaan terbuka kepada yang berumur 15 tahun ke atas dan setiap pemain mesti menetap/bekerja di DUN Penanti/Pmtg Pasir. Jika berminat sila hubungi Cik Liana Baharudin di talian 019-4235251.

Tuesday, July 7, 2009

MESYUARAT AGUNG GB4B CAWANGAN TANAH LIAT TAHUN 2009

Dimaklumkan bahawa mesyuarat agung Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Tanah Liat akan diadakan pada:

Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan Kampung Tanah Liat.

Justeru itu, semua ahli yang telah berdaftar, dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Dimaklumkan juga bahawa mesyuarat pada kali ini akan diadakan pemilihan ahli jawatankuasa untuk penggal 2009-2012. Sekian terima kasih.

Monday, July 6, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN SEKTOR KOMUNITI BELIA REMAJA (Y2Y)

Satu program kepimpinan sektor komuniti belia remaja (Y2Y) peringkat parlimen Pmtg Pauh bagi Fasa ke 2 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10-12 Julai 2009
Tempat; Pusat Rekreasi Nur Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan
Masa Berkumpul: 9.00 pagi (10 Julai 2009)

Program ini adalah anjuran Pejabat Belia & Sukan daerah Seb.Perai Tengah dan penyertaan terbuka kepada belia yang berusia dari 18-40 tahun. Penyertaan adalah PERCUMA. Terhad kepada 80 orang sahaja!

Thursday, June 25, 2009

Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang

Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang akan diadakan pada:

Hari: Ahad (28 Jun 09)
Tempat: IKBN Berapit, Bukit Mertajam.

Pelbagai acara menarik disediakan pada haru tersebut bermula jam 9.00 pagi. Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai acara sukaneka pada hari tersebut. Ahli-ahli Belia 4B Caw. Tanah Liat diminta hadir beramai-ramai untuk sama-sama membantu disamping memeriahkan Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang.

Taklimat Askar Wataniah

Gerakan Belia 4B Tanah Liat dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas serta JKKKP Tanah Liat akan menganjurkan taklimat cara-cara untuk belia setempat memasuki program askar wataniah pada masa & tarikh seperti berikut:

Hari : Sabtu(27/06/09)
Masa : 3.00 Petang
Tempat: Dewan Kampung Tanah Liat

Sehubungan dengan itu, belia setempat dijemput hadir untuk sama-sama mendapat maklumat bagaimana cara & prosedur untuk memasuki askar wataniah. Sila bawa bersama sijil-sijil penting anda untuk memudahkan tujuan pendaftaran.

Thursday, June 4, 2009

Program Eksplorasi Gua Gendang, Perak

Kelab Rakan Muda Permatang Pauh menganjurkan program eksplorasi Gua Gendang, Pengkalan Hulu, Perak pada 19-21 Jun 2009.

Program ini terbuka kepada mereka yang berumur 15-25 tahun dan yuran sebanyak RM10 dikenakan setiap seorang.

Ahli-ahli Belia 4B cawangan Tanah Liat yang berminat, sila hubungi setiausaha 4B cawangan, saudara Mohd Hilmi Elias.

Tarikh Tutup pendaftaran pada 15 Jun 2009.

Program Y2Y Parlimen Pmtg Pauh

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh akan menganjurkan program Youth To Youth (Y2Y) pada 13-14 Jun ini di Pulau Pangkor, Perak.

Kepada ahli-ahli Belia 4B cawangan Tanah Liat yang berminat untuk turut serta, sila berikan nama anda secepat mungkin kepada Setiausaha 4B cawangan, Saudara Mohd Hilmi Elias.

Tempat Terhad!!

Monday, May 4, 2009

LIGA FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA

Pejabat Belia & Sukan Daerah Seberang Perai Tengah akan menganjurkan Liga Futsal Challenge Rakan Muda pada masa & tempat seperti berikut:

Tempat: Safira Sport Planet, Seberang Jaya
Tarikh: 17 May 2009
Masa : 9.00 pagi

Yuran penyertaan sebanyak RM 40 dikenakan untuk kategori terbuka lelaki & untuk kategori terbuka wanita yuran adalah sebanyak RM 30. Tarikh tutup dan undian adalah pada 13 May 2009 dan penyertaan hanya terhad kepada 64 pasukan sahaja. Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Sdr Amir di talian 016-4541902.

Friday, May 1, 2009

Majlis Perundingan Belia Daerah SPT.

Satu majlis Perundingan Belia daerah SPT akan diadakan pada:

Tarikh: 3 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Safira Country Club, Seberang Jaya.

Setiap cawangan diminta menghantar 3 orang wakil ke majlis tersebut.

Wednesday, April 29, 2009

Majlis Perundingan & Perbincangan Masa Depan Belia 4B

Program : Majlis Perundingan & Perbincangan Masa Depan Belia 4B
Tempat : Bertam Golf Resort, Kepala Batas.
Tarikh : 26 April 2009 ( Ahad )
Masa : 12.00 Tengahari - 3.00 Petang




Terima kasih diatas tunjuk ajar bekas barisan jawatankuasa GERAKAN BELIA 4B NEGERI PULAU PINANG. Tanpa anda siapalah kami, harapan kami supaya Datuk-Datuk, Tuan-Puan semua sentiasa membantu Belia 4B Pulau Pinang, kawasan serta cawangan supaya bergerak aktif supaya kesinambungan kepimpinan Tuan-Tuan diteruskan demi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

BERSATU, BERLAJAR,BERKERJA DAN BERKHIDMAT.....
BERGERAK!!!!!!!!!

Pasukan GB4B P.Pinang Juara Futsal Antara Persatuan Belia



KEPUTUSAN PENUH

Johan : Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang
Naib johan : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS )
Ketiga : Majlis Belia Daerah SPS & SPT

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Jalil bin Abdul Rashid,
Diiringi oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, En. Mohd. Maliki Rapee dan Tim. pengarah JBSNPP En. Wan Khairul.

Pasukan Gerakan Belia 4B akan mewakili Majlis Belia Negeri Pulau Pinang Ke Kejohanan Futsal Antara Persatuan Peringkat Kebangsaan,yang akan diadakan di Melaka pada 15hb. - 17hb. Mei 2009.

Pada masa dan hari yang sama juga beberapa acara juga di pertandingkan bertempat USM Sri Ampangan, Nibong Tebal.
Acara-acara yang dipertandingkan ialah, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton dan Senamrobik.
Perasmian Kejohanan ini Di rasmikan serentak oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah di USM, pada jam 9.00pagi.

Seramai 64 orang pemain dan 6 pegawai akan mewakili MBNPP ke Kejohanan Sukan Majlis Belia Malaysia bertempat di Ayer Keroh, Melaka.
pada 15hb. - 17hb. Mei 2009.

Tuesday, April 14, 2009

TAHNIAH!



Gerakan Belia 4B Tanah Liat ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Menteri Belia & Sukan yang baru iaitu YAB Datuk Ahmad Shabery Chik serta Timbalan Menteri Belia & Sukan yang baru iaitu YAB Datuk Razali Bin Ibrahim.

Thursday, March 19, 2009

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA MENTERI KEWANGAN KE II

Satu kejohanan sepak takraw terbuka merebut piala YAB Menteri Kewangan Ke II anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Tasek Gelugor bersama dengan Kelab Sukan Komuniti Permatang Berangan akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 29HB. MARCH 2009 ( AHAD )
TEMPAT : GELANGGANG TAKRAW JARAK ATAS
MASA : 8.30 PAGI


Sebarang info, sila hubungi Setiausaha 4B cawangan Tanah Liat ataupun berhubung terus dengan Setiausaha 4B Negeri Pulau Pinang iaitu saudara Roslan Rahim di talian 012-4534055

JEMPUTAN KE PROGRAM SIMPOSIUM PERDAMAIAN

TARIKH : 27 MAC 2009 ( JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN KULIAH A DAN FOYER DKA
MASA : 8.00 PAGI


ANJURAN
KELAB SAINS POLITIK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG


JADUAL PROGRAM

8.30 am-9.00 am : Ketibaan para tetamu
9.00 am : Ketibaan tetamu VIP
9.05 am : Bacaan doa
9.10 am : Kata-kata aluan pengerusi majlis
9.15 am : Ucapan Pengarah Projek Simposium Perdamaian 2009,
9.20 am : Ucapan Perasmian oleh Yang Berusaha Professor Omar bin Osman,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Malaysia.

9.30 am : Pembentangan Kertas Kerja yang pertama iaitu, 'Genocide’ di Rwanda.”

10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja yang kedua, “Tembok Pemisah Israel-PenindasaHak dan Manipulasi.”

10.30 am : Pembentangan Kertas Kerja yang ketiga, “Keganasan di Selatan Thailand-Konflik dan Penyelesaian”.

11.00 am : Pembentangan Kertas Kerja yang keempat, Pelanggaran Hak Asasi Manusia Dalam Konflik Sri Langka”.

11.30 am : Pembentangan Kertas Kerja yang kelima, “Penganiayaan Wanita danKanak-Kanak di Gaza, Palestin”.

12.00 pm : Jamuan ringan dan majlis bersurai
* Pameran mengenai simposium bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang
Terima Kasih.

Sunday, March 15, 2009

PERTANDINGAN PAINTBALL

Satu pertandingan paintball anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang antara Persatuan Belia di Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Padang Dato Keramat, Penang.
Masa : 8.00 Pagi

Justeru itu, Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang mempelawa mana-mana ahli yang berkebolehan dan berminat untuk mewakili 4B Negeri di dalam pertandingan tersebut. Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Setiausaha 4B Negeri Pulau Pinang iaitu saudara Roslan Rahim di talian 012-4534055 ataupun email roslanrahim_4b@yahoo.com.my.

Tuesday, March 3, 2009

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penaja

Satu mesyuarat khas Jawatankuasa Penaja Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 Mac 2009
Masa : 9.30 malam
Hari : Ahad
Tempat: Dewan JKKKP Mk 8 Tanah Liat
Sehubungan dengan itu, kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menerima notis, diharap dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Kepada ahli-ahli biasa yang mempunyai sebarang usul/cadangan mahupun masalah berkaitan, bolehlah kemukakan kepada mana-mana ahli jawatankuasa untuk dibentang dan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.

Thursday, February 12, 2009

LIGA FUTSAL GAZA RAKAN MUDA

Kelab Rakan Muda Pmtg Pauh dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pmtg Pauh & Gerakan Belias 4B Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan satu kejohanan futsal sebagai tanda sokongan membantah kekejaman rejim zionis pada :

Tarikh: 22 Februari 2009 (Ahad)
Tempat: Safira Sport Planet Sbrg Jaya
Masa: 8.00 Pagi

Penyertaan hanya terhad kepada 24 pasukan sahaja. Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut disamping menderma.

Thursday, February 5, 2009

Majlis Ramah Mesra Bersama YB Menteri


Satu majlis ramah mesra bersama YB Menteri Belia & Sukan, Datuk Ismail Sabri akan diadakan pada:

Tarikh: 6 Februari 2009(Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Penang Golf Club, Kepala Batas.

Kepada ahli-ahli jawatankuasa GB4B Tanah Liat yang ingin turut serta di dalam majlis tersebut, bolehlah memberi nama saudara/saudari kepada Ketua GB4B Tanah Liat, saudara Zaini Kassim secepat yang mungkin.

Monday, February 2, 2009

Bantuan Usahawan Muda 2009

Bagi ahli-ahli belia yang menjalankan perniagaan, bolehlah memohon borang bantuan usahawan muda 2009 dari pejabat belia daerah masing-masing.

Kepada ahli Gerakan Belia 4B Tanah Liat, anda boleh mendapatkan borang ini secara terus daripada Setiausaha GB4B Tanah Liat, saudara Mohd Hilmi Elias.

Jangan lepaskan peluang ini kerana bantuan ini diberikan secara geran dimana anda tidak perlu membayar kembali.

Friday, January 30, 2009

Mesyuarat Khas Penaja 4B Kawasan Pmtg Pauh

Satu mesyuarat khas penaja Gerakan Belia 4B kawasan Permatang Pauh akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 31 Jan 09 ( Sabtu)
Jam: 9.00 malam.
Tempat: Pusat aktiviti belia kompleks D, Sbrg Jaya.

Salam Sejahtera

Akhirnya, berkat Ilahi, dapat juga blog ini dilancarkan walaupun serba kekurangan. Diharap dengan adanya blog ini, para remaja setempat mendapat manfaat dan informasi tentang perkembangan semasa pertubuhan yang baru ditubuhkan ini.

Diharap pertubuhan yang boleh diibaratkan setahun jagung ini mampu memberi manfaat kepada golongan belia khususnya di dalam Tanah Liat dan Kawasan Permatang Pauh amnya.

Teruskan menanti pelbagai program yang akan dilancarkan dan dibuat sepanjang tahun ini. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan untuk golongan muda.
Sekian..

Bersatu, Belajar, Berkerja & Berkhidmat.