Sunday, August 23, 2009

MAJLIS TAHLIL & BERBUKA PUASA BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN SUKAN

Kelab Rakan Muda Pmtg Pauh dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Tanah Liat akan menngadakan Majlis Tahlil & Berbuka Puasa bersama YB Dato Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan Malaysia pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2009 (3 Ramadhan 1430)
Hari : Isnin
Masa : 6.00 petang hingga waktu berbuka puasa
Tempat : Masjid Hj Saad Tanah Liat.

Orang ramai dijemput hadir untuk beramah mesra dengan Menteri Belia dan Sukan di samping menyertai majlis tahlil dan berbuka bersama golongan belia setempat. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

JAMUAN MOREH GB4B TANAH LIAT

Gerakan Belia 4B Tanah Liat akan mengadakan kenduri moreh pada 23hb Ogos 2009 (2 Ramadhan 1430) di masjid Hj Saad Tanah Liat. Harap maklum kepada semua ahli GB4B Tanah Liat dan masyarakat setempat.

Wednesday, August 19, 2009

MAJLIS RAMAH MESRA BELIA PMTG PAUH BERSAMA MENTERI BELIA DAN SUKAN

Satu majlis ramah mesra belia Pmtg Pauh bersama Menteri Belia & Sukan, YB Datuk Shabery Cheek akan diadakan pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Pusat Giat Mara Pmtg Pauh

Semua ahli-ahli belia dari kawasan Pmtg Pauh dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Jamuan makan turut disertakan.

Monday, August 17, 2009

PROGRAM RAMAH MESRA GB4B TANAH LIAT BERSAMA TIMBALAN MENTERI BELIA & SUKAN


Gerakan Belia 4B Tanah Liat akan menganjurkan program ramah mesra antara ahli-ahli Gerakan Belia 4B Tanah Liat dan Timbalan Menteri Belia & Sukan pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 18 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 10.00 malam
Tempat : Kg Tanah Liat Mk 8

Semua ahli Gerakan Belia 4B Tanah Liat dijemput hadir untuk beramah mesra bersama Datuk Razali Ibrahim.

Friday, August 14, 2009

PROGRAM BELIA BERSAMA MASYARAKAT

Pejabat Belia & Sukan SPT dan Rakan Muda Pmtg Pauh akan menganjurkan satu forum yang dinamakan PROGRAM BELIA BERSAMA MASYARAKAT pada masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hotel Summit Bukit Mertajam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke majlis tersebut.

Thursday, August 13, 2009

KEJOHANAN FUTSAL 1 BELIA 1 MALAYSIA

Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan kejohanan futsal terbuka lelaki 1 BELIA 1 MALAYSIA pada tempat dan masa seperti berikut:

Tarikh : 16hb Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Safira Sport Planet, Sbrg Jaya

Johan : RM 800.00 + Hadiah iringan & Piala
Naib Johan : RM 600.00 + Hadiah Iringan
Ketiga : RM 400.00 + Hadiah Iringan
Keempat : RM 200.00 + Hadiah Iringan

Penyertaan hanya terhad kepada 32 pasukan sahaja dan setiap penyertaan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 sahaja. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pmtg Pauh, Sdr Amir di talian 016-4541902.

Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT AGUNG GB4B KAWASAN PMTG PAUH

Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh akan mengadakan mesyuarat agungnya pada:
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan 4B Kg Pertama

Sehubungan dengan itu, semua perwakilan bagi cawangan-cawangan GB4B dalam kawasan Pmtg Pauh yang telah selesai mengadakan mesyuarat dan terpilih ke Mesyuarat kawasan diminta hadir.