Wednesday, April 28, 2010

Sekitar Kejohanan Bowling Tertutup GB4B Kawasan Permatang Pauh

Pengerusi 4B Kawasan Pmtg Pauh, En Amirruddin menyampaikan ucapan perasmian


Gaya salah seorang peserta


Saudara Munzir, photografer 4B Tanah Liat bersama Pen. S/U 4B Tanah Liat Saudara Faizul


Saudara Zaini(belakang) memerhatikan Team 4B Tanah Liat


Pasukan Bowling 4B Tanah Liat


Antara tulang belakang 4B Tanah Liat, Faizul,Hilmi, Habib & Naim



Balingan Strike daripada Saudara Habib


Bendahari & Pen. S/U 4B Tanah Liat, Saudara Janatul & Faizul


Saudara Hilmi selaku S/U 4B Pmtg Pauh menyampaikan hadiah kepada para pemenang


Para peserta bergambar kenangan



Pada 14hb April yang lalu, GB4B Tanah Liat telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Kejohanan Bowling Tertutup Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh di Ampang Superbowl, The Summit Bukit Mertajam. Walaupun tewas, tetapi kesemua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam pertandingan tersebut. Sebanyak 18 pasukan mengambil bahagian yang mana ianya melibatkan cawangan-cawangan yang terdapat di dalam pentadbiran GB4B kawasan parlimen Pmtg Pauh.

Menurut pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Pmtg Pauh iaitu En Amirruddin Bin Abd Hamid, penganjuran kejohanan bowling ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara kesemua pimpinan GB4B peringkat cawangan dengan peringkat kawasan. Melalui kejohanan seperti ini, para peserta dapat mengenali dan beramah mesra di antara satu sama lain disamping mampu menanamkan semangat kesukanan kepada golongan belia yang terlibat.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gerak Sukan GB4B Negeri Pulau Pinang, berjanji bahawa kejohanan dan penganjuran program bermanfaat seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan di samping berharap para belia di peringkat cawangan lebih aktif dengan pelbagai program yang berfaedah demi mengisi masa lapang. Beliau berharap dengan penganjuran pelbagai aktiviti berfaedah ianya mampu mengelakkan para belia daripada terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Beliau juga menyeru para belia menyahut seruan kerajaan serta Kementerian Belia & Sukan di dalam kempen 1 BELIA 1 MALAYSIA.

Keputusan Kejohanan Bowling Tertutup GB4B Kawasan Permatang Pauh


Kategori Kumpulan


1. GB4B Cawangan Kampung Kota
2. GB4B Cawangan Kampung Petani Jaya
3. GB4B Cawangan Taman Baru Seberang Jaya


Kategori Individu

a) Khairul Amir ( Kg Kota ) - Lelaki

b) Adibah ( Taman Baru Sbrg Jaya ) - Perempuan

Sunday, April 18, 2010

TAWARAN MEMASUKI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)


Institut Kemahiran Tinggi Perda(PERDA-TECH) mempelawa pemohon lepasan SPM/SPM(V) untuk mengikuti pengajian kemahiran teknikal mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak PERDA,kemudahan penginapan serta setiap pelatih akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM250 sebulan. Untuk maklumat lebih lanjut, klik disini.

Thursday, April 15, 2010

Program Anjuran GB4B Tanah Liat Tersiar di Akhbar


SEKITAR LAWATAN KE KUALA LUMPUR

Menyampaikan Sedikit Cenderamata Kepada Tuan Fairus Khairudin

Sarapan Pagi di Hotel Midah

Di Pejabat 4B Malaysia

Bergambar Kenangan Di Pejabat 4B Malaysia

Beliawanis Yang Turut Memeriahkan Lawatan Ini

Bersiar Di Sekitar Bukit Bintang

Di Pejabat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Para Peserta Diberikan Taklimat Mengenai Fungsi Kementerian

Bersama Datuk Suhaimi Ibrahim, Setpol Menteri KPWKM

Bergambar Ketika di KPWKM