Friday, December 17, 2010

Riadah 3 Hari 2 Malam di Melaka Bandaraya Bersejarah

Ahli-ahli 4B Tanah Liat yang menyertai rombongan ke Melaka
Geng-geng 'jahat' memberikan pose
Menyampaikan cenderahati kepada S/U 4B Melaka
Menunggu pertunjukan di Taman Buaya Negeri Melaka
Bergambar di pejabat Ahli Parlimen Tangga Batu

Perbincangan bersama Cik Suria, S/U 4B Negeri Melaka

Bergambar kenangan bersama Cik Suria

Beliawanis
Lawatan ke MITC
BERGERAK!


Pada 10-12 Disember 2010, GB4B Tanah Liat telah mengadakan satu rombongan ke Negeri Melaka. Program 3 hari 2 malam ini bertujuan menghargai jasa-jasa baik dan murni ahli-ahli 4B Tanah Liat yang telah bertungkus lumus membuat dan membantu pelbagai program yang telah diadakan baik di peringkat cawangan mahupun kawasan.

Program ini diketuai oleh Setiausaha 4B Kawasan Pmtg Pauh, Saudara Mohd Hilmi Elias yang melibatkan penyertaan seramai 34 orang belia & beliawanis. Pelbagai tempat menarik dikunjungi oleh para peserta sepanjang berada di Negeri Melaka. Rombongan ini turut juga mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan pihak 4B Melaka yang dihadiri oleh wakilnya iaitu Cik Suria, Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka. Pelbagai idea dan pandangan dapat dikongsi bersama sepanjang pertemuan itu untuk manfaat 4B Cawangan Tanah Liat dan 4B Kawasan Pmtg Pauh. Para peserta juga turut dibawa ke pejabat ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Ir Idris Haron yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Belia Sedunia.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan rombongan ini dan sebahagian besar daripada mereka bertekad untuk membuat lawatan lagi ke Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa program yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan dengan lancar dan tahniah juga pada para peserta yang terlibat yang telah memberikan komitmen yang baik. Moga 4B Tanah Liat terus gemilang dan cemerlang pada tahun 2011. BERGERAK!

Thursday, December 16, 2010

Aktiviti Memancing Di Royal Belum Rainforest, Perak.

Geng-geng 4B Tanah Liat
Bersantai di atas house boat yang bergerak perlahan
Tekong house boat
Orang asli yang sedang berakit
Memancing di atas house boat
Suasana dapur di atas house boat
Ikan Kaloi
Ikan Toman
Sebahagian hasil tangkapan hari pertama

Ikan baung
House boat dua tingkat
house boat sedang bergerak
Memeriksa pukat yang dipasang
Munzir dengan hasil ikan toman yang berjaya ditangkap
Menolak perahu dikawasan yang cetek

Makan beramai-ramai
Dihadapan kedai menjual pelbagai akar kayu di perkampungan orang asli
Melawat perkampungan orang asli
Sdr Faizul berbual dengan orang asli yang singgah di house boat

Royal Belum Terbaik!

Tuesday, November 23, 2010

Majlis Berkhatan & Majlis Khatam Al-Quran 2010

Kuda-kuda di cuci sebelum digunakan untuk membawa peserta berkhatan.
Para ibu-bapa mengiringi anak-anak mereka untuk ke tempat mandi
Peserta di arak dengan kompang ke tempat acara mandian beramai-ramai.
Ketua Pemuda UMNO Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said menyiram air kepada para peserta
Aksi kanak-kanak yang disiram & dimandikan dengan pili bomba.
Selesai acara mandi, para peserta di arak dengan kuda ke tempat pembedahan
Bergambar kenangan dengan jawatankuasa program

Kenduri Kampung turut diadakan

Geng-geng Belia membantu doktor memegang kanak-kanak yang meronta
Membantu memasak nasi untuk di jamu kepada orang ramai
Ketibaan Dato Abd Jalil untuk perasmian Majlis Khatam Al-Quran

Majllis Khatam Al-Quran sedang berlangsung.
Di luar bilik pembedahan
3 bilik pembedahan disediakan untuk majlis berkhatan
Mengawal seorang kanak yang cuba melarikan diri daripada disunatkan.
Sdr Faizul, menganngkat seorang peserta yang telah selamat disunatkan keluar dari bilik pembedahan.
Penyelaras Kadun Penanti, Tn Hj Rahim Man turut hadir memberikan sokongan.
Sebahagian tulang belakang yang banyak membantu melancarkan porgram
18SX :)


Pada 21hb November 2010, Majlis Berkhatan & Majlis Khatam Al-Quran peringkat Kampung Tanah Liat telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Rakyat Masjid Hj Saad Tanah Liat. Seramai 52 orang peserta mengambil bahagian di dalam majlis berkhatan dan 35 orang di dalam majlis khatam Al-Quran. Semua penyertaan adalah percuma dan ditanggung oleh pihak penganjur dan setiap peserta turut diberikan cenderahati malah kenduri kampung turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Belia 4B Tanah Liat turut sama membantu warga kampung bagi melancarkan program yang diadakan setiap tahun itu. Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said, Penyelaras Kadun Penanti, Tn Hj Abd Rahim Man, ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pmtg Pauh dan ramai lagi. Selain itu, pihak BOMBA, RELA & JKKKP turut sama terlibat bagi melancarkan program. Tiga orang doktor bertauliah telah dilantik untuk melaksanakan tugas dengan dibantu oleh ahli-ahli Belia 4B Tanah Liat. Berbagai kerenah dapat disaksikan sepanjang acara berlangsung.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 5.30 petang itu telah berjaya menarik ramai orang kampung malah dari kawasan-kawasan lain untuk turut sama-sama terlibat & membantu. Program yang telah masuk tahun kedua ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih besar dan akan dijadikan program tahunan. Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua yang terlibat. BERGERAK!