Tuesday, November 23, 2010

Majlis Berkhatan & Majlis Khatam Al-Quran 2010

Kuda-kuda di cuci sebelum digunakan untuk membawa peserta berkhatan.
Para ibu-bapa mengiringi anak-anak mereka untuk ke tempat mandi
Peserta di arak dengan kompang ke tempat acara mandian beramai-ramai.
Ketua Pemuda UMNO Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said menyiram air kepada para peserta
Aksi kanak-kanak yang disiram & dimandikan dengan pili bomba.
Selesai acara mandi, para peserta di arak dengan kuda ke tempat pembedahan
Bergambar kenangan dengan jawatankuasa program

Kenduri Kampung turut diadakan

Geng-geng Belia membantu doktor memegang kanak-kanak yang meronta
Membantu memasak nasi untuk di jamu kepada orang ramai
Ketibaan Dato Abd Jalil untuk perasmian Majlis Khatam Al-Quran

Majllis Khatam Al-Quran sedang berlangsung.
Di luar bilik pembedahan
3 bilik pembedahan disediakan untuk majlis berkhatan
Mengawal seorang kanak yang cuba melarikan diri daripada disunatkan.
Sdr Faizul, menganngkat seorang peserta yang telah selamat disunatkan keluar dari bilik pembedahan.
Penyelaras Kadun Penanti, Tn Hj Rahim Man turut hadir memberikan sokongan.
Sebahagian tulang belakang yang banyak membantu melancarkan porgram
18SX :)


Pada 21hb November 2010, Majlis Berkhatan & Majlis Khatam Al-Quran peringkat Kampung Tanah Liat telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Rakyat Masjid Hj Saad Tanah Liat. Seramai 52 orang peserta mengambil bahagian di dalam majlis berkhatan dan 35 orang di dalam majlis khatam Al-Quran. Semua penyertaan adalah percuma dan ditanggung oleh pihak penganjur dan setiap peserta turut diberikan cenderahati malah kenduri kampung turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.

Belia 4B Tanah Liat turut sama membantu warga kampung bagi melancarkan program yang diadakan setiap tahun itu. Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said, Penyelaras Kadun Penanti, Tn Hj Abd Rahim Man, ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pmtg Pauh dan ramai lagi. Selain itu, pihak BOMBA, RELA & JKKKP turut sama terlibat bagi melancarkan program. Tiga orang doktor bertauliah telah dilantik untuk melaksanakan tugas dengan dibantu oleh ahli-ahli Belia 4B Tanah Liat. Berbagai kerenah dapat disaksikan sepanjang acara berlangsung.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 5.30 petang itu telah berjaya menarik ramai orang kampung malah dari kawasan-kawasan lain untuk turut sama-sama terlibat & membantu. Program yang telah masuk tahun kedua ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih besar dan akan dijadikan program tahunan. Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua yang terlibat. BERGERAK!

Wednesday, November 10, 2010

Transformasi Belia 4B Tanah Liat Ke Kancah Politik

Barisan tetamu jemputan
Sdr Hilmi, Penggerak utama yang menarik golongan belia menyertai politik

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said
Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh
45 borang ahli baru UMNO

Arena Baru, Cabaran Baru


Warga belia yang menyertai UMNO
Belia 4B Tanah Liat menerima sumbangan baju daripada Sdr Abd Aziz

Golongan Belia menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Dato Abd Jalil Abd Majid


Pada 7hb November 2010, seramai 45 orang ahli Belia 4B Cawangan Tanah Liat telah menyerahkan borang untuk menyertai parti politik UMNO. Kemasukan mereka ini bertujuan untuk membantu masyarakat melalui platform politik pula setelah giat berkecimpung di dalam pertubuhan belia.

Majlis penyerahan borang kemasukan mereka kedalam UMNO telah disampaikan kepada Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh. Turut hadir ialah Sdr Zaidi Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Cikgu Zaki Mohd Nor, Ketua UMNO Cawangan Kmpg Uma serta beberapa orang-orang penting UMNO Bahagian Pmtg Pauh serta orang-orang kampung Tanah Liat.

Dato Abd Jalil Abd Majid di dalam ucapannya berharap kemasukan ahli-ahli belia ini mampu membantu UMNO untuk melaksanakan tugas membantu masyarakat serta seterusnya mampu menarik lebih ramai warga belia untuk menyertai arena politik. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdr Zaidi mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli belia yang telah membuat keputusan untuk menyertai parti politik kerana kata beliau pada masa kini kurang sekali anak-anak muda yang ingin mengambil berat tentang politik. Beliau berharap ini merupakan satu permulaan yang baik untuk melihat lebih ramai lagi golongan belia memainkan peranan mereka di dalam politik.

Kesemua ahli-ahli belia ini juga telah mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih dan bakal menggunakan hak mereka di dalam PRU ke-13 yang akan datang. Syabas diucapkan kepada warga belia yang terlibat. BERGERAK!