Sunday, April 22, 2012

Program Mesra Rakyat 'Gegarkan' Kampung Tanah Liat

Acara sukaneka bermula seawal pagi

Seawal pagi tempat program mula dipenuhi oleh orang ramai

Lebih 15 acara sukaneka diadakan pada program ini

Hadiah sukaneka

Hadiah cabutan bertuah

Pameran autoshow dalam kampung

Timbalan Ketua Polis Daerah SPT, Tuan Baha turut hadir dan menyampaikan hadiah

Anak-anak muda dan orang kampung sibuk menyediakan masakan untuk orang ramai

Suasana tempat memasak

Masing-masing menolong untuk menjayakan program kampung

Basikal untuk acara teka biji batu

Acara berkumpulan

Sukaneka untuk kategori wanita dewasa

Orang ramai memenuhi setiap ruang khemah

Suasana ketika hari program

Ketua Pemuda UMNO Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said menyampaikan buku akaun Tabung Haji kepada kanak-kanak yang terpilih

Ruang jalan turut dipenuhi oleh orang ramai

Setiap masa kehadiran semakin bertambah


Riuh rendah dengan pelbagai gelagat

Ketua Pemuda UMNO Pmtg Pauh, Cikgu Zaidi (Baju Putih)

Pameran audio

Acara tarik tali

Pelapis-pelapis orang kuat Tanah Liat

Acara tumpuan

Isi air dalam botol

Geng 4B Tanah Liat
Pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai

Masyarakat berbilang kaum hadir dalam suasana harmoni

Penyelaras DUN Penanti, Sdr Ibrahim Ahmad, memberi nombor cabutan bertuah kepada orang ramai

Antara pemenang acara sukaneka

Turut sempat melawat kampung dan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada insan yang memerlukan

Rumah yang usang turut diperbaiki pada hari program berlangsung

Warga tua turut dilawati

Sumbangan keperluan dapur kepada insan yang layak

Kenduri gulai rusa

Suasana meriah

Cabutan bertuah

Antara pemenang yang bertuah

Menang basikal!!
Pada 15hb April 2012, satu program yang dinamakan Program Mesra Rakyat telah diadakan dengan jayanya di Kampung Tanah Liat Mukim 9. Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih daripada 1500 orang.

Sepanjang program berlangsung, beberapa acara sukaneka turut diadakan disamping pameran autoshow, pemeriksaan kesihatan, sumbangan hamper kepada yang memerlukan, pemberian buku akaun tabung haji, cabutan bertuah dan kenduri rusa. Disamping itu, sepanjang program berlangsung, jawatankuasa program sempat juga melawat beberapa buah rumah di dalam kampung bersama Penyelaras DUN Penanti, Sdr Ibrahim Ahmad untuk menyampaikan bantuan seperti kerusi roda dan bantuan-bantuan lain kepada mereka yang layak.

Suasana meriah dan riuh-rendah pada hari tersebut, benar-benar telah menggegarkan Kampung tanah Liat Mukim 9 dengan program yang besar dan julung-julung kali diadakan di dalam kampung. Tahniah diucapkan kepada JKKKP Mukim 9 Tanah Liat/Simpang Tiga Berapit dan Gerakan Belia 4B Tanah Liat atas kejayaan penganjuran program tersebut. BERGERAK!!

Tuesday, April 10, 2012

Gotong -Royong Persiapan Program Mesra Rakyat & Kenduri Kampung Tanah Liat



Pada petang 8hb April(Ahad), telah berlangsung gotong royong membersihkan kawasan sekitar gelanggang sepak takraw Mukim 9 Tanah Liat oleh orang kampung dan anak-anak muda Kampung Tanah Liat.  Kawasan tersebut dibersihkan bertujuan kerana pada 15hb April 2012 pihak JKKKP Mukim 9 Tanah Liat dan Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama Penyelaras DUN Penanti dan Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh akan menganjurkan Program Mesra Rakyat yang akan bermula pada jam 8.00 pagi- 2.30 petang.

Program Mesra Rakyat tersebut akan diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna, sukaneka, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, autoshow, cabutan bertuah dan kenduri rakyat. Seluruh warga penduduk sekitar Kampung Tanah Liat dijemput untuk sama-sama hadir pada hari program berlangsung. BERGERAK!!
Ahli-ahli 4B Tanah Liat hadir awal

Suasana pada petang hari gotong-royong
Masing-masing tekun melakukan tugas
Sempat panjat pokok kelapa
Kenduri air kelapa pada petang tersebut
Kanak-kanak turut membantu

Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad(baju coklat) turut hadir memberikan sokongan

En Ibrahim Ahmad beramah mesra bersama anak-anak muda

Skuad Gem Buster Kementerian Kesihatan turut hadir membantu
Kakitangan Kementerian Kesihatan malakukan fogging di kawasan sekitar

Orang-orang kampung hadir beramai-ramai

Padang tempat program akan berlangsung

Pelbagai ragam

Keceriaan dalam keletihan