Tuesday, October 18, 2011

SAMBUTAN HARI RAYA BELIA 4B PERINGKAT PARLIMEN PERMATANG PAUH & NEGERI PULAU PINANG BERLANGSUNG DI KAMPUNG TANAH LIAT!

Suasana sibuk & riuh rendah ketika program berlangsung
Ayam Piru Golek!!
Jawatankuasa Kampung bergambar bersama Datuk Abd Jalil (Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh)
Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan juadah
Hotdog & ayam piru bakar
Air tebu tetap menjadi minuman pilihan orang ramai
Menu wajib setiap jamuan Aidilfitri
Anak-anak muda Kampung bergotong royong menyediakan juadah
Kehadiran orang ramai diluar jangkaan
Pelbagai juadah
Presiden GB4B Malaysia, Sdr Muamar Gadaffi turut hadir
Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh, Datuk Abd Jalil menyampaikan ucapan raya
Majlis turut diserikan dengan majlis penyampaian kerusi roda

Antara waris penerima sumbangan kerusi roda
Perlantikan Ketua Penerangan 4B Malaysia yang baru turut berlangsung di majlis jamuan raya ini
Presiden dan S/U Agung 4B Malaysia memberi aiskrim kepada golongan kanak-kanak
Presiden 4B Malaysia bergambar bersama orang-orang kampung
Pengarah Belia Negeri P.Pinang berbual bersama Uncle



Pada 25hb September 2011, telah berlangsung serentak Majlis Jamuan Aidilfitri GB4B peringkat kawasan Permatang Pauh & peringkat Negeri P.Pinang. Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya di Medan Selera Kampung Tanah Liat.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir serta kehadiran tetamu hampir mencecah dua ribu orang benar-benar mengejutkan pihak penganjur. Majlis yang sepatutnya bermula jam 8.30malam-10.30 malam dan kehadiran tetamu yang diluar jangkaan menyebabkan majlis selesai lebih awal. Hampir 25 menu disediakan seperti ayam piru, popia, bihun sup, nasi goreng, ketupat, lemang, tepung talam, air tebu, hotdog, kerang bakar, bubur kacang dan pelbagai menu lagi disajikan kepada para tetamu.

Majlis dihadiri oleh para pemimpin setempat dan turut diserikan dengan kehadiran Presiden GB4B Malaysia, Sdr Muamar Ghadafi Datuk Wira Jamaluddin. Di dalam majlis itu juga, Datuk Abd Jalil Abd Majid selaku penyelaras Parlimen Pmtg Pauh telah sudi untuk menyumbangkan sumbangan berupa kerusi roda kepada golongan yang memerlukan.

GB4B cawangan Tanah Liat berasa sangat bertuah kerana telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk majlis yang penting ini. Persiapan untuk majlis telah berlangsung seminggu awal dan melibatkan pelbagai komuniti masyarakat di dalam kampung Tanah Liat tanpa mengira tua dan muda. Lebih bermakna apabila majlis tersebut berlangsung dalam keadaan gotong-royong dimana semua juadah disediakan secara bergotong royong bersama diantara belia & penduduk kampung. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan. BERGERAK!

Monday, September 5, 2011

JELAJAH ZAKAT BELIA 4B TANAH LIAT







Antara barangan keperluan yang disumbangkan


Barang dibawa dengan motor oleh semua ahli 4B yang terlibat
Masing-masing sibuk mengangkat barang
Pelbagai ragam sebelum program bermula

Wajah-wajah ceria untuk memulakan jelajahMula berkumpul beramai-ramai sebelum jelajah bermula
Jelajah memasuki zon pertama
Sungai, hutan serta pelbagai rintangan direntasi bagi menjayakan misi amal ini
Setiap rumah yang layak disinggahi

Wajah ceria seorang ibu tunggal yang cacat penglihatan setelah menerima sumbangan
Ziarah & menyampaikan sumbangan

Pengerusi JKKKP Mk 9 Tanah Liat, Cikgu Marzuki (baju merah)
Seminggu selepas menerima kunjungan kami, Pak Aq kembali ke rahmatullah (Al-fatihah)

Sdr Faizul menyerahkan wang zakat hasil sumbangan zakat beberapa individu
Sdr Habib turut menyerahkan wang zakat

Sdr Naim menyampaikan barangan keperluan
Selain wang, beras dan keperluan dapur turut diberi
Sdr Khusyairi turut membantu
Sdr Sham antara wakil menyampaikan wang zakat
Sdr Zaini ketika di rumah Pak Mat
Sdr Hilmi ketika di rumah seorang OKU bisu.


Sdr Bob di rumah seorang ibu tunggal
Sdr Sobirin memberikan beras
Pengerusi JKKKP Mk 9 Tanah Liat, Cikgu Marzuki menyampaikan barangan keperluan & wang zakat

'Pak Lebai' Tanah Liat turut menerima sumbangan wang zakat yang disampaikan oleh Sdr Hilmi
Cikgu Marzuki selaku Pengerusi JKKKP Mk 9 Tanah Liat menyampaikan wang zakat
Seorang nenek yang berusia hampir 90 tahun

Seluruh pelosok kampung dijelajahi
Jelajah Zakat Tahun 2011!

Pada 29 Ogos 2011, iatu 29 Ramadhan dimana hari terakhir bulan Ramadhan, Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama JKKKP Tanah Liat Mk 9/Simpang 3 Berapit, telah mengadakan satu program amal iaitu menyampaikan zakat kepada golongan yang memerlukan diseluruh kampung Tanah Liat. Seramai 20 orang penerima telah dipilih untuk menerima zakat pada tahun ini.

Apa yang menarik dan positifnya program ini, segala sumbangan ini adalah hasil sumbangan zakat dari ahli-ahli belia 4B Tanah Liat sendiri disamping sumbangan zakat daripada Pengerusi JKKKP Tanah Liat/Smpg 3 Berapit iaitu cikgu Marzuki Elias, orang-orang kampung serta beberapa individu yang ingin turut sama menyumbangkan zakat bagi membantu golongan yang memerlukan.

Konvoi ini bermula pada jam 2.30 petang dan setiap rumah yang dikunjungi bukan sahaja sekadar untuk memberikan sumbangan malah digunakan sebaik mungkin untuk bertanya sebarang masalah yang dihadapi oleh golongan-golongan ini. Ini dapat dijadikan sebagai platform dimana pihak JKKKP selaku pihak yang bertanggungjawab kepada permasalahan di dalam kampung serta belia sebagai organisasi alternatif yang penting sebagai orang tengah untuk menyampaikan segala permasalahan mereka ini kepada pihak atasan.

Hasil daripada maklum balas positif orang-orang kampung, maka pihak JKKKP Tanah Liat serta Belia 4B Tanah Liat mengambik keputusan tekad untuk menganjurkan lagi program penuh manfaat ini pada tahun hadapan dengan lebih besar lagi. BERGERAK!