Friday, August 2, 2013

Majlis Berbuka Puasa Barisan Jawatankuasa di Lahar Kepar, Kepala Batas




Mesyuarat Penyelarasan Program Sempena Bulan Ramadhan

Sebahagian yang hadir

Pelbagai idea & pendapat diberikan

Pendapat semua orang di ambil kira

Masing-masing memberikan pendapat

Sama-sama berpakat





Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak GB4B Tanah Liat, JKKKP Tanah Liat Mukim 9 dan Rukun Tetangga Tanah Liat Mukim 9 telah mengambil beberapa inisiatif dengan akan menganjurkan beberapa program. Antaranya majlis berbuka puasa antara ahli jawatankuasa & juga majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama masyarakat kampung. Selain itu, acara jelajah zakat yang diadakan setiap tahun akan terus diadakan pada tahun ini dengan setiap ahli bersedia mengeluarkan belanja wang poket sendiri bagi membantu warga kampung yang memerlukan. Selain itu, program membakar lemang secara besaran pada malam raya akan turut berlangsung buat julung kalinya pada tahun ini. Semua program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini dan moga mendapat sokongan semua pihak. BERGERAK!