Wednesday, April 29, 2009

Majlis Perundingan & Perbincangan Masa Depan Belia 4B

Program : Majlis Perundingan & Perbincangan Masa Depan Belia 4B
Tempat : Bertam Golf Resort, Kepala Batas.
Tarikh : 26 April 2009 ( Ahad )
Masa : 12.00 Tengahari - 3.00 Petang




Terima kasih diatas tunjuk ajar bekas barisan jawatankuasa GERAKAN BELIA 4B NEGERI PULAU PINANG. Tanpa anda siapalah kami, harapan kami supaya Datuk-Datuk, Tuan-Puan semua sentiasa membantu Belia 4B Pulau Pinang, kawasan serta cawangan supaya bergerak aktif supaya kesinambungan kepimpinan Tuan-Tuan diteruskan demi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

BERSATU, BERLAJAR,BERKERJA DAN BERKHIDMAT.....
BERGERAK!!!!!!!!!

Pasukan GB4B P.Pinang Juara Futsal Antara Persatuan Belia



KEPUTUSAN PENUH

Johan : Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang
Naib johan : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS )
Ketiga : Majlis Belia Daerah SPS & SPT

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Jalil bin Abdul Rashid,
Diiringi oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, En. Mohd. Maliki Rapee dan Tim. pengarah JBSNPP En. Wan Khairul.

Pasukan Gerakan Belia 4B akan mewakili Majlis Belia Negeri Pulau Pinang Ke Kejohanan Futsal Antara Persatuan Peringkat Kebangsaan,yang akan diadakan di Melaka pada 15hb. - 17hb. Mei 2009.

Pada masa dan hari yang sama juga beberapa acara juga di pertandingkan bertempat USM Sri Ampangan, Nibong Tebal.
Acara-acara yang dipertandingkan ialah, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton dan Senamrobik.
Perasmian Kejohanan ini Di rasmikan serentak oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah di USM, pada jam 9.00pagi.

Seramai 64 orang pemain dan 6 pegawai akan mewakili MBNPP ke Kejohanan Sukan Majlis Belia Malaysia bertempat di Ayer Keroh, Melaka.
pada 15hb. - 17hb. Mei 2009.

Tuesday, April 14, 2009

TAHNIAH!



Gerakan Belia 4B Tanah Liat ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Menteri Belia & Sukan yang baru iaitu YAB Datuk Ahmad Shabery Chik serta Timbalan Menteri Belia & Sukan yang baru iaitu YAB Datuk Razali Bin Ibrahim.