Wednesday, April 29, 2009

Majlis Perundingan & Perbincangan Masa Depan Belia 4B

Program : Majlis Perundingan & Perbincangan Masa Depan Belia 4B
Tempat : Bertam Golf Resort, Kepala Batas.
Tarikh : 26 April 2009 ( Ahad )
Masa : 12.00 Tengahari - 3.00 Petang




Terima kasih diatas tunjuk ajar bekas barisan jawatankuasa GERAKAN BELIA 4B NEGERI PULAU PINANG. Tanpa anda siapalah kami, harapan kami supaya Datuk-Datuk, Tuan-Puan semua sentiasa membantu Belia 4B Pulau Pinang, kawasan serta cawangan supaya bergerak aktif supaya kesinambungan kepimpinan Tuan-Tuan diteruskan demi memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.

BERSATU, BERLAJAR,BERKERJA DAN BERKHIDMAT.....
BERGERAK!!!!!!!!!

Pasukan GB4B P.Pinang Juara Futsal Antara Persatuan Belia



KEPUTUSAN PENUH

Johan : Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang
Naib johan : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS )
Ketiga : Majlis Belia Daerah SPS & SPT

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, En. Jalil bin Abdul Rashid,
Diiringi oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, En. Mohd. Maliki Rapee dan Tim. pengarah JBSNPP En. Wan Khairul.

Pasukan Gerakan Belia 4B akan mewakili Majlis Belia Negeri Pulau Pinang Ke Kejohanan Futsal Antara Persatuan Peringkat Kebangsaan,yang akan diadakan di Melaka pada 15hb. - 17hb. Mei 2009.

Pada masa dan hari yang sama juga beberapa acara juga di pertandingkan bertempat USM Sri Ampangan, Nibong Tebal.
Acara-acara yang dipertandingkan ialah, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Tampar, Badminton dan Senamrobik.
Perasmian Kejohanan ini Di rasmikan serentak oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Datuk Shamsul Anuar Nasarah di USM, pada jam 9.00pagi.

Seramai 64 orang pemain dan 6 pegawai akan mewakili MBNPP ke Kejohanan Sukan Majlis Belia Malaysia bertempat di Ayer Keroh, Melaka.
pada 15hb. - 17hb. Mei 2009.

Tuesday, April 14, 2009

TAHNIAH!



Gerakan Belia 4B Tanah Liat ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Menteri Belia & Sukan yang baru iaitu YAB Datuk Ahmad Shabery Chik serta Timbalan Menteri Belia & Sukan yang baru iaitu YAB Datuk Razali Bin Ibrahim.

Thursday, March 19, 2009

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA MENTERI KEWANGAN KE II

Satu kejohanan sepak takraw terbuka merebut piala YAB Menteri Kewangan Ke II anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Tasek Gelugor bersama dengan Kelab Sukan Komuniti Permatang Berangan akan diadakan seperti berikut:

TARIKH : 29HB. MARCH 2009 ( AHAD )
TEMPAT : GELANGGANG TAKRAW JARAK ATAS
MASA : 8.30 PAGI


Sebarang info, sila hubungi Setiausaha 4B cawangan Tanah Liat ataupun berhubung terus dengan Setiausaha 4B Negeri Pulau Pinang iaitu saudara Roslan Rahim di talian 012-4534055

JEMPUTAN KE PROGRAM SIMPOSIUM PERDAMAIAN

TARIKH : 27 MAC 2009 ( JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN KULIAH A DAN FOYER DKA
MASA : 8.00 PAGI


ANJURAN
KELAB SAINS POLITIK
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PULAU PINANG


JADUAL PROGRAM

8.30 am-9.00 am : Ketibaan para tetamu
9.00 am : Ketibaan tetamu VIP
9.05 am : Bacaan doa
9.10 am : Kata-kata aluan pengerusi majlis
9.15 am : Ucapan Pengarah Projek Simposium Perdamaian 2009,
9.20 am : Ucapan Perasmian oleh Yang Berusaha Professor Omar bin Osman,
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Malaysia.

9.30 am : Pembentangan Kertas Kerja yang pertama iaitu, 'Genocide’ di Rwanda.”

10.00 am : Pembentangan Kertas Kerja yang kedua, “Tembok Pemisah Israel-PenindasaHak dan Manipulasi.”

10.30 am : Pembentangan Kertas Kerja yang ketiga, “Keganasan di Selatan Thailand-Konflik dan Penyelesaian”.

11.00 am : Pembentangan Kertas Kerja yang keempat, Pelanggaran Hak Asasi Manusia Dalam Konflik Sri Langka”.

11.30 am : Pembentangan Kertas Kerja yang kelima, “Penganiayaan Wanita danKanak-Kanak di Gaza, Palestin”.

12.00 pm : Jamuan ringan dan majlis bersurai
* Pameran mengenai simposium bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang
Terima Kasih.

Sunday, March 15, 2009

PERTANDINGAN PAINTBALL

Satu pertandingan paintball anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang antara Persatuan Belia di Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada :

Tarikh : 28 Mac 2009 (Sabtu)
Tempat : Padang Dato Keramat, Penang.
Masa : 8.00 Pagi

Justeru itu, Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang mempelawa mana-mana ahli yang berkebolehan dan berminat untuk mewakili 4B Negeri di dalam pertandingan tersebut. Kepada yang berminat, bolehlah berhubung terus dengan Setiausaha 4B Negeri Pulau Pinang iaitu saudara Roslan Rahim di talian 012-4534055 ataupun email roslanrahim_4b@yahoo.com.my.

Tuesday, March 3, 2009

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Penaja

Satu mesyuarat khas Jawatankuasa Penaja Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 8 Mac 2009
Masa : 9.30 malam
Hari : Ahad
Tempat: Dewan JKKKP Mk 8 Tanah Liat
Sehubungan dengan itu, kepada semua ahli jawatankuasa yang telah menerima notis, diharap dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Kepada ahli-ahli biasa yang mempunyai sebarang usul/cadangan mahupun masalah berkaitan, bolehlah kemukakan kepada mana-mana ahli jawatankuasa untuk dibentang dan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.