Monday, July 6, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN SEKTOR KOMUNITI BELIA REMAJA (Y2Y)

Satu program kepimpinan sektor komuniti belia remaja (Y2Y) peringkat parlimen Pmtg Pauh bagi Fasa ke 2 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 10-12 Julai 2009
Tempat; Pusat Rekreasi Nur Lembah Lenggong, Perak Darul Ridzuan
Masa Berkumpul: 9.00 pagi (10 Julai 2009)

Program ini adalah anjuran Pejabat Belia & Sukan daerah Seb.Perai Tengah dan penyertaan terbuka kepada belia yang berusia dari 18-40 tahun. Penyertaan adalah PERCUMA. Terhad kepada 80 orang sahaja!

Thursday, June 25, 2009

Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang

Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang akan diadakan pada:

Hari: Ahad (28 Jun 09)
Tempat: IKBN Berapit, Bukit Mertajam.

Pelbagai acara menarik disediakan pada haru tersebut bermula jam 9.00 pagi. Gerakan Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai acara sukaneka pada hari tersebut. Ahli-ahli Belia 4B Caw. Tanah Liat diminta hadir beramai-ramai untuk sama-sama membantu disamping memeriahkan Hari Belia Peringkat Negeri P.Pinang.

Taklimat Askar Wataniah

Gerakan Belia 4B Tanah Liat dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas serta JKKKP Tanah Liat akan menganjurkan taklimat cara-cara untuk belia setempat memasuki program askar wataniah pada masa & tarikh seperti berikut:

Hari : Sabtu(27/06/09)
Masa : 3.00 Petang
Tempat: Dewan Kampung Tanah Liat

Sehubungan dengan itu, belia setempat dijemput hadir untuk sama-sama mendapat maklumat bagaimana cara & prosedur untuk memasuki askar wataniah. Sila bawa bersama sijil-sijil penting anda untuk memudahkan tujuan pendaftaran.

Thursday, June 4, 2009

Program Eksplorasi Gua Gendang, Perak

Kelab Rakan Muda Permatang Pauh menganjurkan program eksplorasi Gua Gendang, Pengkalan Hulu, Perak pada 19-21 Jun 2009.

Program ini terbuka kepada mereka yang berumur 15-25 tahun dan yuran sebanyak RM10 dikenakan setiap seorang.

Ahli-ahli Belia 4B cawangan Tanah Liat yang berminat, sila hubungi setiausaha 4B cawangan, saudara Mohd Hilmi Elias.

Tarikh Tutup pendaftaran pada 15 Jun 2009.

Program Y2Y Parlimen Pmtg Pauh

Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh akan menganjurkan program Youth To Youth (Y2Y) pada 13-14 Jun ini di Pulau Pangkor, Perak.

Kepada ahli-ahli Belia 4B cawangan Tanah Liat yang berminat untuk turut serta, sila berikan nama anda secepat mungkin kepada Setiausaha 4B cawangan, Saudara Mohd Hilmi Elias.

Tempat Terhad!!

Monday, May 4, 2009

LIGA FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA

Pejabat Belia & Sukan Daerah Seberang Perai Tengah akan menganjurkan Liga Futsal Challenge Rakan Muda pada masa & tempat seperti berikut:

Tempat: Safira Sport Planet, Seberang Jaya
Tarikh: 17 May 2009
Masa : 9.00 pagi

Yuran penyertaan sebanyak RM 40 dikenakan untuk kategori terbuka lelaki & untuk kategori terbuka wanita yuran adalah sebanyak RM 30. Tarikh tutup dan undian adalah pada 13 May 2009 dan penyertaan hanya terhad kepada 64 pasukan sahaja. Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi Sdr Amir di talian 016-4541902.

Friday, May 1, 2009

Majlis Perundingan Belia Daerah SPT.

Satu majlis Perundingan Belia daerah SPT akan diadakan pada:

Tarikh: 3 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Safira Country Club, Seberang Jaya.

Setiap cawangan diminta menghantar 3 orang wakil ke majlis tersebut.