Friday, March 19, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN MALAYSIA




Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat akan menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia bermula pada 24-25 March 2010. Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang sahaja. Jika anda berminat & ingin turut serta, sila berhubung dengan saudara Mohd Hilmi 012-4419941 atau saudara Mohd Faizul 017-4011516. Penyertaan adalah PERCUMA!

Thursday, February 11, 2010

IKBN Kenal Pasti Lokasi Permotoran

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah mengenal pasti lokasi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) khusus untuk melatih golongan belia dalam sukan permotoran.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pembinaannya di satu lokasi berdekatan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka mampu menjadi penggerak kepada industri sukan berkenaan di negara ini.

Katanya, industri sukan permotoran di Asia diunjurkan akan berkembang pesat dan Malaysia perlu menjadi antara yang terawal mengambil peluang menjana keuntungan daripadanya.

"Kita mempunyai kemudahan litar bertaraf antarabangsa. Bagaimanapun, penyediaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir untuk menyokong industri sukan permotoran itu belum memuaskan.

"Kita berharap dengan wujudnya IKBN khusus dalam bidang itu akan membolehkan para belia dilatih menguasai teknologi terkini dan mereka boleh menjadi pasukan penyelenggara yang hebat untuk sukan permotoran.

"Malah, dengan langkah ini juga negara menjadi tumpuan di kalangan pelabur untuk memajukan lagi sukan bermotor pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan gelanggang futsal peringkat Parlimen Merbok di Kampung Pokok Machang, Bukit Selambau, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

Menurut Ahmad Shabery, bagi membolehkan matlamat tersebut dicapai, pihaknya akan mengemukakan pelan lengkap dalam tempoh terdekat.

"Satu kertas kerja juga akan disediakan kepada Perbendaharaan bagi membolehkan kita mendapat peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, KBS berjaya menyiapkan 80 peratus daripada 1,200 gelanggang rakyat di seluruh negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Katanya, baki 20 peratus atau 240 lagi gelanggang kini dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

Mengenai pengendalian gelanggang yang dibina dengan harga RM125,000 setiap satu itu, beliau berkata, kerajaan mahu ia diuruskan secara sistematik untuk manfaat umum.

"Perlu ada satu jawatankuasa khas yang menguruskan gelanggang sukan ini. Para penggunanya wajar dikenakan kadar bayaran berpatutan," jelasnya.

sumber : Utusan.

Monday, December 14, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH



Gerakan Belia 4B Caw. Tanah Liat dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Pmtg Pauh akan menganjurkan satu program ilmiah iaitu program pengurusan jenazah pada:

Tarikh : 3hb Januari 2010
Masa: 8.00 Pagi-2.00 Petang.
Tempat : Masjid Hj Saad, Tanah Liat.

Penyertaan terbuka kepada semua belia (LELAKI) yang tinggal di dalam kawasan Parlimen Pmtg Pauh. Penyertaan adalah percuma dan sijil akan diberikan kepada setiap peserta. Kepada yang berminat, hubungi Sdra Habib 010-5661806 atau Sdra Reza 017-5849734.

KEM PERMATA KASIH


Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (GB4B) Kawasan Pmtg Pauh akan menganjurkan KEM PERMATA KASIH seperti berikut:

Tarikh: 25-27hb Disember 2009
Tempat : Damai Park Resort, Merbok, Kedah Daruk Aman.
Peserta : Belia Berusia 16-25 Tahun

Program ini terhad kepada 40 orang peserta sahaja. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi Pengerusi GB4B Kawasan Pmtg Pauh Sdra Amiruddin 016-4541902 atau Setiausaha GB4B Kawasan Pmtg Pauh Sdra Hilmi 012-4419941.

Saturday, December 5, 2009

Persidangan Belia Meneroka Masa Depan

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan persidangan seperti berikut pada:

Tarikh : 18-20 Disember 2009
Tempat : Pulau Langkawi.

Setiap cawangan belia di dalam negeri Pulau Pinang diminta dua orang wakil dari peringkat tertinggi pertubuhan masing-masing. Maklumat lanjut sila berhubung terus dengan pihak Majlis Belia Negeri.

KURSUS ASAS KOMPUTER & PEMBINAAN LAMAN WEB

GB4B Caw. Tanah Liat dengan kerjasama Global Computer Sevices akan mengadakan kursus asas komputer & pembinaan laman web secara percuma pada masa seperti berikut:

Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi-5.00 Petang
Tempat : Global Computer Services, Bandar Sunway, Seberang Jaya.

Tempat adalah terhad, bagi sesiapa yang berminat sila daftar segera dengan Pengerusi Biro Gerak Siber 4B Tanah Liat iaitu Saudara Reza di talian 017-5849734.