Sunday, May 16, 2010
Thursday, May 6, 2010
LAWATAN KE KL SEMPENA HARI BELIA NEGARA
Wednesday, April 28, 2010
Sekitar Kejohanan Bowling Tertutup GB4B Kawasan Permatang Pauh
Balingan Strike daripada Saudara Habib
Pada 14hb April yang lalu, GB4B Tanah Liat telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Kejohanan Bowling Tertutup Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh di Ampang Superbowl, The Summit Bukit Mertajam. Walaupun tewas, tetapi kesemua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam pertandingan tersebut. Sebanyak 18 pasukan mengambil bahagian yang mana ianya melibatkan cawangan-cawangan yang terdapat di dalam pentadbiran GB4B kawasan parlimen Pmtg Pauh.
Menurut pengerusi GB4B Kawasan Parlimen Pmtg Pauh iaitu En Amirruddin Bin Abd Hamid, penganjuran kejohanan bowling ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara kesemua pimpinan GB4B peringkat cawangan dengan peringkat kawasan. Melalui kejohanan seperti ini, para peserta dapat mengenali dan beramah mesra di antara satu sama lain disamping mampu menanamkan semangat kesukanan kepada golongan belia yang terlibat.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Gerak Sukan GB4B Negeri Pulau Pinang, berjanji bahawa kejohanan dan penganjuran program bermanfaat seperti ini akan diteruskan lagi di masa hadapan di samping berharap para belia di peringkat cawangan lebih aktif dengan pelbagai program yang berfaedah demi mengisi masa lapang. Beliau berharap dengan penganjuran pelbagai aktiviti berfaedah ianya mampu mengelakkan para belia daripada terlibat dengan pelbagai gejala sosial. Beliau juga menyeru para belia menyahut seruan kerajaan serta Kementerian Belia & Sukan di dalam kempen 1 BELIA 1 MALAYSIA.
Keputusan Kejohanan Bowling Tertutup GB4B Kawasan Permatang Pauh
Kategori Kumpulan
1. GB4B Cawangan Kampung Kota
2. GB4B Cawangan Kampung Petani Jaya
3. GB4B Cawangan Taman Baru Seberang Jaya
Kategori Individu
a) Khairul Amir ( Kg Kota ) - Lelaki
b) Adibah ( Taman Baru Sbrg Jaya ) - Perempuan
Sunday, April 18, 2010
TAWARAN MEMASUKI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)

Institut Kemahiran Tinggi Perda(PERDA-TECH) mempelawa pemohon lepasan SPM/SPM(V) untuk mengikuti pengajian kemahiran teknikal mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak PERDA,kemudahan penginapan serta setiap pelatih akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM250 sebulan. Untuk maklumat lebih lanjut, klik disini.
Thursday, April 15, 2010
SEKITAR LAWATAN KE KUALA LUMPUR
Friday, March 19, 2010
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN MALAYSIA


Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat akan menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Parlimen Malaysia bermula pada 24-25 March 2010. Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang sahaja. Jika anda berminat & ingin turut serta, sila berhubung dengan saudara Mohd Hilmi 012-4419941 atau saudara Mohd Faizul 017-4011516. Penyertaan adalah PERCUMA!
Subscribe to:
Posts (Atom)










