Thursday, December 16, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Majlis Berkhatan & Majlis Khatam Al-Quran 2010
Pada 21hb November 2010, Majlis Berkhatan & Majlis Khatam Al-Quran peringkat Kampung Tanah Liat telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Agama Rakyat Masjid Hj Saad Tanah Liat. Seramai 52 orang peserta mengambil bahagian di dalam majlis berkhatan dan 35 orang di dalam majlis khatam Al-Quran. Semua penyertaan adalah percuma dan ditanggung oleh pihak penganjur dan setiap peserta turut diberikan cenderahati malah kenduri kampung turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.
Belia 4B Tanah Liat turut sama membantu warga kampung bagi melancarkan program yang diadakan setiap tahun itu. Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said, Penyelaras Kadun Penanti, Tn Hj Abd Rahim Man, ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Pmtg Pauh dan ramai lagi. Selain itu, pihak BOMBA, RELA & JKKKP turut sama terlibat bagi melancarkan program. Tiga orang doktor bertauliah telah dilantik untuk melaksanakan tugas dengan dibantu oleh ahli-ahli Belia 4B Tanah Liat. Berbagai kerenah dapat disaksikan sepanjang acara berlangsung.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi dan selesai pada jam 5.30 petang itu telah berjaya menarik ramai orang kampung malah dari kawasan-kawasan lain untuk turut sama-sama terlibat & membantu. Program yang telah masuk tahun kedua ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih besar dan akan dijadikan program tahunan. Tahniah dan syabas diucapakan kepada semua yang terlibat. BERGERAK!
Wednesday, November 10, 2010
Transformasi Belia 4B Tanah Liat Ke Kancah Politik




Pada 7hb November 2010, seramai 45 orang ahli Belia 4B Cawangan Tanah Liat telah menyerahkan borang untuk menyertai parti politik UMNO. Kemasukan mereka ini bertujuan untuk membantu masyarakat melalui platform politik pula setelah giat berkecimpung di dalam pertubuhan belia.
Majlis penyerahan borang kemasukan mereka kedalam UMNO telah disampaikan kepada Dato Abd Jalil Abd Majid, Ketua UMNO Bahagian Pmtg Pauh. Turut hadir ialah Sdr Zaidi Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pmtg Pauh, Cikgu Zaki Mohd Nor, Ketua UMNO Cawangan Kmpg Uma serta beberapa orang-orang penting UMNO Bahagian Pmtg Pauh serta orang-orang kampung Tanah Liat.
Dato Abd Jalil Abd Majid di dalam ucapannya berharap kemasukan ahli-ahli belia ini mampu membantu UMNO untuk melaksanakan tugas membantu masyarakat serta seterusnya mampu menarik lebih ramai warga belia untuk menyertai arena politik. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdr Zaidi mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli belia yang telah membuat keputusan untuk menyertai parti politik kerana kata beliau pada masa kini kurang sekali anak-anak muda yang ingin mengambil berat tentang politik. Beliau berharap ini merupakan satu permulaan yang baik untuk melihat lebih ramai lagi golongan belia memainkan peranan mereka di dalam politik.
Kesemua ahli-ahli belia ini juga telah mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih dan bakal menggunakan hak mereka di dalam PRU ke-13 yang akan datang. Syabas diucapkan kepada warga belia yang terlibat. BERGERAK!
Tuesday, October 5, 2010
Sekitar Majlis BBQ Santai Aidilfitri 4B Tanah Liat















Pada 3hb Oktober 2010, Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat telah mengadakan Majlis BBQ Santai Aidilfitri di dalam kampung Mukim 9 Tanah Liat. Hampir 200 orang tetamu menghadiri majlis ini terutamanya penduduk setempat.
Berbagai juadah yang disediakan sendiri oleh ahli-ahli belia 4B Tanah Liat disajikan kepada tetamu. Majlis juga turut diserikan dengan acara pertunjukan bermain piano oleh salah seorang ahli belia 4B Tanah Liat.
Turut serta menghadiri majlis ini ialah Dato Abdul Jalil Abd Majid, Penyelaras parlimen Permatang Pauh dan rombongan. InsyaAllah jika ada rezeki lagi, acara seperti ini akan diadakan dengan lebih besar dan meriah pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini. BERGERAK!
Subscribe to:
Posts (Atom)


