Tuesday, April 10, 2012

Gotong -Royong Persiapan Program Mesra Rakyat & Kenduri Kampung Tanah Liat



Pada petang 8hb April(Ahad), telah berlangsung gotong royong membersihkan kawasan sekitar gelanggang sepak takraw Mukim 9 Tanah Liat oleh orang kampung dan anak-anak muda Kampung Tanah Liat.  Kawasan tersebut dibersihkan bertujuan kerana pada 15hb April 2012 pihak JKKKP Mukim 9 Tanah Liat dan Gerakan Belia 4B Cawangan Tanah Liat dengan kerjasama Penyelaras DUN Penanti dan Gerakan Belia 4B Kawasan Permatang Pauh akan menganjurkan Program Mesra Rakyat yang akan bermula pada jam 8.00 pagi- 2.30 petang.

Program Mesra Rakyat tersebut akan diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna, sukaneka, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, autoshow, cabutan bertuah dan kenduri rakyat. Seluruh warga penduduk sekitar Kampung Tanah Liat dijemput untuk sama-sama hadir pada hari program berlangsung. BERGERAK!!
Ahli-ahli 4B Tanah Liat hadir awal

Suasana pada petang hari gotong-royong
Masing-masing tekun melakukan tugas
Sempat panjat pokok kelapa
Kenduri air kelapa pada petang tersebut
Kanak-kanak turut membantu

Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad(baju coklat) turut hadir memberikan sokongan

En Ibrahim Ahmad beramah mesra bersama anak-anak muda

Skuad Gem Buster Kementerian Kesihatan turut hadir membantu
Kakitangan Kementerian Kesihatan malakukan fogging di kawasan sekitar

Orang-orang kampung hadir beramai-ramai

Padang tempat program akan berlangsung

Pelbagai ragam

Keceriaan dalam keletihan

No comments:

Post a Comment