Sebahagian hamper yang akan diagihkan kepada beberapa kampung dalam Parlimen Pmtg Pauh |
Majlis penyampaian di Kampung Tanah Liat Mukim 9 |
Sdr Mohd Hilmi Elias, Setiausaha Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh menyampaikan ucapan |
Hamper untuk para penerima di Kampung Tanah Liat |
Sumbangan untuk warga OKU |
Ibu tunggal juga turut tidak dilupakan |
Sebahagian penerima yang terpilih di Kampung Tanah Liat |
1hb Oktober 2012- Gerakan Belia 4B kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara telah menjelajah ke beberapa kampung di sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menyampaikan bantuan amal kepada insan yang layak dan memerlukan. Kampung Tanah Liat Mukim 9 antara kampung yang telah terpilih untuk menerima sumbangan ini
Majlis berlangsung dalam keadaan santai dan dihadiri oleh Setiausaha Belia 4B Kawasan Permatang Pauh, Sdr Mohd Hilmi Elias manakala Mejar Abd Halim, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara mewakili agensi tersebut. Program seperti ini merupakan inisiatif belia dan pihak agensi yang turun sendiri menyelami masalah rakyat dan cuba menggunakan pendekatan terbaik bagi mendengar permasalahan rakyat secara dekat.
Tahniah diucapkan kepada tenaga penggerak di Kampung Tanah Liat yang telah berjaya mendapat peluang ini dan menjayakan program ini dengan jayanya. BERGERAK!!
No comments:
Post a Comment