Saturday, January 5, 2013

4B Tanah Liat Diraikan Oleh Abg Mus




Sebelum Tirai 2012 dilabuhkan, para ahli jawatankuasa belia 4B cawangan Tanah Liat telah diraikan oleh Abg Mus di dalam majlis makan malam di sebuah restoran tomyam. Pelbagai menu yang menarik dan menyelerakan disajikan kepada semua ahli jawatankuasa. Abg Mus yang merupakan salah seorang 'otai' lama kampung Tanah Liat sering membantu dari segi khidmat nasihat, kewangan dan tenaga kerja  di dalam setiap porgram anjuran belia 4B cawangan Tanah Liat.

Menurut beliau, jamuan ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan beliau kepada semua ahli jawatankuasa belia 4B cawangan Tanah Liat yang sentiasa bertungkus lumus dan aktif bagi memastikan kampung Tanah Liat ini terus ceria dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Beliau berharap usaha murni dan semangat kemasyarakatan para ahli belia 4B cawangan Tanah Liat dapat dipertingkatkan lagi dan yang penting setiap usaha haruslah dilakukan dengan niat yang ikhlas.

Kami di pihak Belia 4B Cawangan Tanah Liat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abg Mus yang sudi meraikan kami dan kami sangat terharu diatas penghargaan yang diberikan kepada kami ini. BERGERAK!!

No comments:

Post a Comment