Friday, August 2, 2013

Mesyuarat Penyelarasan Program Sempena Bulan Ramadhan

Sebahagian yang hadir

Pelbagai idea & pendapat diberikan

Pendapat semua orang di ambil kira

Masing-masing memberikan pendapat

Sama-sama berpakat





Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak GB4B Tanah Liat, JKKKP Tanah Liat Mukim 9 dan Rukun Tetangga Tanah Liat Mukim 9 telah mengambil beberapa inisiatif dengan akan menganjurkan beberapa program. Antaranya majlis berbuka puasa antara ahli jawatankuasa & juga majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama masyarakat kampung. Selain itu, acara jelajah zakat yang diadakan setiap tahun akan terus diadakan pada tahun ini dengan setiap ahli bersedia mengeluarkan belanja wang poket sendiri bagi membantu warga kampung yang memerlukan. Selain itu, program membakar lemang secara besaran pada malam raya akan turut berlangsung buat julung kalinya pada tahun ini. Semua program ini akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan pada tahun ini dan moga mendapat sokongan semua pihak. BERGERAK!

Friday, February 15, 2013

Bowling Santai Anak-Anak Kampung Tanah Liat

Kanak-kanak turut terlibat

Penuh dengan warga Kampung Tanah Liat

Pelbagai ragam

Masing-masing santai

Wajah-wajah riang

Zaini, Ketua Belia 4B Tanah Liat dengan aksinya tersendiri

Zaini menyampaikan hadiah kepada pemenang tempay ke-4

Paksu Zaki, Pengerusi Rukun Tetangga menyampaikan hadiah Juara Individu kepada Sobirin (baju biru)

Abg Mus(baju pink) menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ke-3

Team Otai Burger, Naib Juara!

Pengerusi JKKKP Tanah Liat Mk 9, Cikgu Marzuki(baju ungu) menyampaikan hadiah kepada team backhor yang menjadi johan!

BBQ Santai Kampung Tanah Liat

Para urusetia sibuk melakukan persiapan

Tempat BBQ disediakan secara gotong royong

Slide ucapan selamat datang kepada para tetamu

Warga kampung yang hadir

Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh,Datuk Abd Jalil turut hadir

Berbagai juadah BBQ disediakan

Ruang khemah dipenuhi oleh tetamu

Panas! Panas! Panas!

Para tetamu jemputan yang hadir.

Mangsa telur+tepung sempena hari jadi beliau. Happy Birthday Naim!!

Tayangan video

Monday, January 14, 2013

'Big Screen' Manchester United VS Liverpool

Perkarangan rumah Pak Men menjadi lokasi tayangan

Persiapan sebelum tayangan

Anak-anak muda lepak santai sambil menonton

Siaran langsung perlawanan MU vs Liverpool

Monday, January 7, 2013

'Dinner' 4B Tanah Liat di Restoran Seoul Garden

Menjamu selera
Pegawai Belia Daerah SPT, En Muzakir(kemeja kelabu)  turut dijemput

Chef Habib

Suasana ketika masing-masing sibuk memasak dan menjamu selera
Sebahagian ruang restoran dipenuhi oleh ahli-ahli 4B Tanah Liat

Ceria dan santai

Wajah-wajah kekenyangan

4B Tanah Liat terbaikkkkk!!


Pada 6hb Januari 2013, tirai tahun 2013 dibuka oleh Gerakan Belia 4B Tanah Liat dengan program santai dan ceria apabila barisan penggerak program dan ahli jawatankuasa 4B Tanah Liat telah mengadakan majlis jamuan makan malam secara beramai-ramai di Restoran Seoul Garden Autocity, Juru.

Hampir 25 orang ahli terlibat di dalam majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Belia Daerah SPT, En Muzakir Buyong, Pengerusi JKKKP Mk9 Tanah Liat, Cikgu Marzuki Elias dan Pengerusi Rukun Tetangga Tanah Liat, Paksu Zaki.

Diharap pada tahun 2013, belia 4B Tanah Liat akan terus bergerak maju dengan pelbagai aktiviti bermanfaat dan aktiviti yang memberi kesan positif bukan sahaja kepada ahlinya, tapi kepada masyarakat sekeliling. BERGERAK!!!

Saturday, January 5, 2013

4B Tanah Liat Diraikan Oleh Abg Mus




Sebelum Tirai 2012 dilabuhkan, para ahli jawatankuasa belia 4B cawangan Tanah Liat telah diraikan oleh Abg Mus di dalam majlis makan malam di sebuah restoran tomyam. Pelbagai menu yang menarik dan menyelerakan disajikan kepada semua ahli jawatankuasa. Abg Mus yang merupakan salah seorang 'otai' lama kampung Tanah Liat sering membantu dari segi khidmat nasihat, kewangan dan tenaga kerja  di dalam setiap porgram anjuran belia 4B cawangan Tanah Liat.

Menurut beliau, jamuan ini diadakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan beliau kepada semua ahli jawatankuasa belia 4B cawangan Tanah Liat yang sentiasa bertungkus lumus dan aktif bagi memastikan kampung Tanah Liat ini terus ceria dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Beliau berharap usaha murni dan semangat kemasyarakatan para ahli belia 4B cawangan Tanah Liat dapat dipertingkatkan lagi dan yang penting setiap usaha haruslah dilakukan dengan niat yang ikhlas.

Kami di pihak Belia 4B Cawangan Tanah Liat ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abg Mus yang sudi meraikan kami dan kami sangat terharu diatas penghargaan yang diberikan kepada kami ini. BERGERAK!!

Gotong Royong di Rumah Pak Murad(Veteran Tentera)

Tua muda bersama-sama

Santai dalam bergotong-royong

Aksi berani mati

Semangat kerjasama

Membantu dengan ikhlas

Satu gotong royong membersihkan perkarangan rumah Pak Murad, seorang warga emas di dalam Kampung Tanah Liat telah diadakan baru-baru ini. Beliau yang telah sedikit uzur telah memohon kepada anak-anak muda kampung agar dapat membantu beliau memotong pokok di rumah beliau serta membersihkan halaman rumah beliau.

Gotong royong ini turut disertai oleh Pengerusi JKKKP Tanah Liat Mk 9, Cikgu Marzuki Elias & Pengerusi Rukun Tetangga, Paksu Zaki yang sama-sama membantu. Diharap kerja murni ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. BERGERAK!