Friday, October 5, 2012

Sumbangan Amal Untuk Warga Kampung Tanah Liat

Sebahagian hamper yang akan diagihkan kepada beberapa kampung dalam Parlimen Pmtg Pauh

Majlis penyampaian di Kampung Tanah Liat Mukim 9

Sdr Mohd Hilmi Elias, Setiausaha Belia 4B Kawasan Pmtg Pauh menyampaikan ucapan

Hamper untuk para penerima di Kampung Tanah Liat

Sumbangan untuk warga OKU

Ibu tunggal juga turut tidak dilupakan

Sebahagian penerima yang terpilih di Kampung Tanah Liat


1hb Oktober 2012- Gerakan Belia 4B kawasan Permatang Pauh dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara telah menjelajah ke beberapa kampung di sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menyampaikan bantuan amal kepada insan yang layak dan memerlukan. Kampung Tanah Liat Mukim 9 antara kampung yang telah terpilih untuk menerima sumbangan ini

Majlis berlangsung dalam keadaan santai dan dihadiri oleh Setiausaha Belia 4B Kawasan Permatang Pauh, Sdr Mohd Hilmi Elias manakala Mejar Abd Halim, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara mewakili  agensi tersebut. Program seperti ini merupakan inisiatif belia dan pihak agensi yang turun sendiri menyelami masalah rakyat dan cuba menggunakan pendekatan terbaik bagi mendengar permasalahan rakyat secara dekat.

Tahniah diucapkan kepada tenaga penggerak di Kampung Tanah Liat yang telah berjaya mendapat peluang ini dan menjayakan program ini dengan jayanya. BERGERAK!!

Wednesday, September 12, 2012

Majlis Makan Malam Mesra Kampung Tanah Liat

Semua penggerak Kampung Tanah Liat yang sentiasa membantu memajukan kampung diraikan dalam majlis ini

Tua & muda muafakat bersama demi kemajuan kampung

Pengerusi JKKKP Tanah Liat, Cikgu Marzuki menyampaikan ucapan

Hampir 60-70 orang hadir ke majlis ini dalam suasana harmoni dan santai

Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad turut hadir dan menyampaikan ucapan



9hb September 2012- Satu majlis makan malam bagi meraikan tenaga-tenaga penggerak Kampung Tanah Liat telah diadakan dengan jayanya di Restoran Mee Udang Aur Gading, Sungai Dua. Hampir 70 orang yang dijemput telah hadir ke majlis makan malam ini.

Pengerusi JKKKP Tanah Liat Mukim 9, Cikgu Marzuki Elias merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tenaga penggerak tidak kira usia sama ada golongan veteran, belia atau wanita yang telah memberikan komitmen yang baik di dalam setiap program atau apa jua aktiviti yang diadakan di dalam kampung. Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad turut hadir ke majlis ini dan memuji inisiatif warga Kampung Tanah Liat yang sentiasa berganding bahu demi kemajuan kampung tercinta. Semoga kerjasama dan semangat tolong menolong di antara satu sama lain ini dapat diteruskan lagi malah ditingkatkan lagi demi memastikan ianya terus diwarisi oleh generasi akan datang. BERGERAK!!

Tuesday, September 4, 2012

Jelajah Zakat 2012

Masing-masing berkumpul di rumah Pengerusi JKKKP Mukim 9 Tanah Liat sebelum menjelajah ke seluruh kampung

Sebahagian ahli belia yang terlibat dalam kerja amal ini

Bantuan diberikan kepada yang layak

Tolong menolong amalan mulia

Setiap pelusuk kampung diredahi

Konvoi secara beramai-ramai

Pesakit kronik

Pengerusi JKKKP Mk 9, Cikgu Marzuki menyampaikan bantuan kepada seorang penerima

Bantuan diberi tanpa mengira usia & ideologi politik
Moga dapat meringankan beban setiap penerima dengan bantuan kecil ini


Beras, barangan dapur & duit raya diberi
Anak istimewa ini mahukan duit raya


 
                                                                  Pose santai setelah menerima duit raya ;)


18 Ogos 2012- Sehari sebelum hari raya, GB4B Tanah Liat telah melaksanakan satu program amal iaitu Jelajah Zakat 2012. Program ini merupakan program kali kedua setelah program yang seumpamanya telah dilaksanakan dengan jayanya pada tahun lepas. Untuk tahun 2012 ini, seramai 23 buah rumah telah di lawati dan diberikan bantuan berupa wang ringgit dan barang keperluan dapur.

Segala sumbangan untuk program ini dikutip daripda kalangan ahli-ahli belia sendiri serta beberapa orang penduduk kampung yang prihatin. Program ini turut mendapat kerjasama daripada pihak JKKKP Tanah Liat Mk 9/Berapit Road dimana Pengerusi JKKKP serta beberapa orang ahli jawatankuasanya turut sama menyumbang dan terlibat secara langsung di dalam program ini.

Moga program amal seumpama ini dapat diterusakn lagi dari masa ke semasa dan diharap kerja murni ini mampu meringankan sedikit beban para penerima serta dapat mengajar ahli-ahli belia erti sebenar bersyukur atas nikmat yang diberi Allah Swt. BERGERAK!!


Sunday, April 22, 2012

Program Mesra Rakyat 'Gegarkan' Kampung Tanah Liat

Acara sukaneka bermula seawal pagi

Seawal pagi tempat program mula dipenuhi oleh orang ramai

Lebih 15 acara sukaneka diadakan pada program ini

Hadiah sukaneka

Hadiah cabutan bertuah

Pameran autoshow dalam kampung

Timbalan Ketua Polis Daerah SPT, Tuan Baha turut hadir dan menyampaikan hadiah

Anak-anak muda dan orang kampung sibuk menyediakan masakan untuk orang ramai

Suasana tempat memasak

Masing-masing menolong untuk menjayakan program kampung

Basikal untuk acara teka biji batu

Acara berkumpulan

Sukaneka untuk kategori wanita dewasa

Orang ramai memenuhi setiap ruang khemah

Suasana ketika hari program

Ketua Pemuda UMNO Pmtg Pauh, Sdr Zaidi Mohd Said menyampaikan buku akaun Tabung Haji kepada kanak-kanak yang terpilih

Ruang jalan turut dipenuhi oleh orang ramai

Setiap masa kehadiran semakin bertambah


Riuh rendah dengan pelbagai gelagat

Ketua Pemuda UMNO Pmtg Pauh, Cikgu Zaidi (Baju Putih)

Pameran audio

Acara tarik tali

Pelapis-pelapis orang kuat Tanah Liat

Acara tumpuan

Isi air dalam botol

Geng 4B Tanah Liat
Pemeriksaan kesihatan untuk orang ramai

Masyarakat berbilang kaum hadir dalam suasana harmoni

Penyelaras DUN Penanti, Sdr Ibrahim Ahmad, memberi nombor cabutan bertuah kepada orang ramai

Antara pemenang acara sukaneka

Turut sempat melawat kampung dan menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada insan yang memerlukan

Rumah yang usang turut diperbaiki pada hari program berlangsung

Warga tua turut dilawati

Sumbangan keperluan dapur kepada insan yang layak

Kenduri gulai rusa

Suasana meriah

Cabutan bertuah

Antara pemenang yang bertuah

Menang basikal!!
Pada 15hb April 2012, satu program yang dinamakan Program Mesra Rakyat telah diadakan dengan jayanya di Kampung Tanah Liat Mukim 9. Program yang bermula seawal 8.00 pagi ini berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih daripada 1500 orang.

Sepanjang program berlangsung, beberapa acara sukaneka turut diadakan disamping pameran autoshow, pemeriksaan kesihatan, sumbangan hamper kepada yang memerlukan, pemberian buku akaun tabung haji, cabutan bertuah dan kenduri rusa. Disamping itu, sepanjang program berlangsung, jawatankuasa program sempat juga melawat beberapa buah rumah di dalam kampung bersama Penyelaras DUN Penanti, Sdr Ibrahim Ahmad untuk menyampaikan bantuan seperti kerusi roda dan bantuan-bantuan lain kepada mereka yang layak.

Suasana meriah dan riuh-rendah pada hari tersebut, benar-benar telah menggegarkan Kampung tanah Liat Mukim 9 dengan program yang besar dan julung-julung kali diadakan di dalam kampung. Tahniah diucapkan kepada JKKKP Mukim 9 Tanah Liat/Simpang Tiga Berapit dan Gerakan Belia 4B Tanah Liat atas kejayaan penganjuran program tersebut. BERGERAK!!