Friday, August 12, 2011

BELIA 4B TANAH LIAT DAPAT MEJA PINGPONG

Warga Kampung turut hadir memberikan sokongan


Ketibaan Dato Abd Jalil disambut oleh para ahli belia 4B Tanah Liat
Meja Pingpong yang disumbangkan oleh Pejabat Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh
Pengerusi JKKKP Tanah Liat MK 9, Cikgu Marzuki Elias(baju kuning) mengucapkan terima kasih kepada Dato Abd Jalil atas sumbangan meja pingpong untuk para belia kampung
Ketua Belia 4B Tanah Liat, Sdr Zaini (baju hitam) menerima meja pingpong untuk kegunaan para ahli belia 4B Tanah Liat
Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad(baju biru) turut hadir.
Penyelaras DUN Penanti, En Ibrahim Ahmad menyatakan sesuatu kepada ahli belia 4B Tanah Liat
Pada 6hb Ogos 2011, sempena keberkatan bulan Ramadhan, Gerakan Belia 4B Tanah Liat telah mendapat sumbangan berupa sebuah meja pingpong untuk kegunaan seluruh ahli belia di Kampung Tanah Liat. Pemberian itu hasil sumbangan dari Penyelaras Parlimen Pmtg Pauh, Dato Abd Jalil Bin Abd Majid.

Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di perkarangan Medan Selera Tanah Liat(berhadapan Masjid Hj Saad). Majlis sederhana tersebut berlangsung dengan penuh bermakna apabila turut dihadiri oleh warga kampung kampung yang sentiasa menyokong Gerakan Belia 4B Tanah Liat. Pengerusi JKKKP Tanah Liat Mk 9/Sg Tiga Berapit, Cikgu Marzuki Elias serta ahli jawatankuasanya turut hadir. Majlis juga diserikan lagi dengan kehadiran penyelaras Dun Penanti, En Ibrahim Ahmad dan penyelaras Dun Pmtg Pasir, En Abd Rahim Bin Man.

Dalam majlis itu juga, Dato Abd Jalil sempat menyampaikan sumbangan hari raya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Selesai acara tersebut, semua hadirin telah menyertai majlis tahlil dan berbuka puasa di Masjid Hj Saad. Gerakan Belia 4B Tanah Liat ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas pemberian meja pingpong tersebut. BERGERAK!

No comments:

Post a Comment