Friday, August 12, 2011

MAJLIS IFTAR 4B TANAH LIAT

Masing-masing membantu menghidangkan juadah


Berbagai juadah disediakan







Pada 5hb Ogos yang lalu, satu majlis berbuka puasa diantara para jawatankuasa kerja 4B Tanah Liat telah diadakan di Gerai Key, Medan Selera Tanah Liat. Pelbagai juadah yang enak disajikan kepada ahli jawatankuasa yang hadir.

Program sebegini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim di antara para ahli jawatankuasa dimana mereka-mereka ini adalah tulang belakang kepada perjalanan dan kejayaan 4B Tanah Liat setakat ini.

Hasil dari majlis iftar ini, para jawatankuasa yang hadir juga sempat melontarkan pelbagai idea yang bernas bagi penganjuran pelbagai program yang bermanfaat bagi kemajuan para belia di Kampung Tanah Liat. Semoga apa yang dirancang mampu direalisasikan. BERGERAK!

No comments:

Post a Comment